fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Bakal Terima Vaksin COVID-19 Dari China, Malaysia Disenaraikan Penerima Utama

Kedung BK Oleh Kedung BK
13 Oktober 2020
Bakal Terima Vaksin COVID-19 Dari China, Malaysia Disenaraikan Penerima Utama
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Pengumuman dari Menteri Luar

Bakal Terima Vaksin COVID-19 Dari China, Malaysia Disenaraikan Penerima Utama. Terkini dilaporkan bahawa Malaysia telah disenaraikan negara utama untuk menerima vaksin Covid-19 dari China sebaik sahaja vaksin terbabit berjaya dibangunkan oleh negara itu.

Bakal Terima Vaksin COVID-19 Dari China, Malaysia Disenaraikan Penerima Utama

Malaysia memantau rapat perkembangan vaksin tersebut

Menerusi sidang media bersama setelah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan dari China iaitu Wang Yi, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengatakan,

“Kami mengalu-alukan dan menghargai komitmen China dalam menyediakan vaksin Covid-19 buatan China, setelah berjaya dibangunkan dan menyenaraikan Malaysia sebagai penerima utama.”

Katanya lagi,

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Hampir Cecah Seribu, Sarawak Catat 960 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya

“Kami juga menyambut baik kesepakatan China untuk menggalakkan perusahaan China menjalin kerjasama dengan rakan kongsi Malaysia dalam penyelididkan dan pembangunan vaksin dan pengederan.”

Beliau juga berkata bahawa hanya dua cara sahaja boleh dilakukan untuk mencari jalan menangani pandemik, iaitu mencegah dengan vaksin dan melalui ubat.

Menurutnya lagi, vaksin tersebut sedang dibangunkan di China dan dijangka dapat digunakan masyarakat umum pada awal November.

“Kunjungan Wang Yi ke Kuala Lumpur menjadi platform baharu bagi kita memastikan kita tidak ketinggalan dalam kerjasama dan koordinasi vaksin,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, di pihak kementerian luar mereka perlu terus berunding dan meyakinkan bahawa Malaysia membuat perjanjian diplomatik dengan “rakan-rakan kita” untuk memastikan “kita membuat keputusan berdasarkan percubaan dan apabila diumumkan kelak, Malaysia tidak ketinggalan.”

Malaysia disenaraikan sebagai negara penerima utama vaksin yang dibangunkan oleh China. Kredit: Global Times

Dua vaksin yang dibangunkan oleh Sinopharm akan ada pada November atau Disember

Menurut sebuah laporan lain, Wu Guizhen, ketua pakar biosafety di Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China di Beijing, mengatakan kepada media China bulan lalu bahawa dua vaksin yang dikembangkan oleh kumpulan farmasi Shanghai, Sinopharm akan tersedia pada bulan November atau Disember.

Sinopharm adalah salah satu kumpulan farmasi bersama kumpulan farmasi lain yang kini berusaha membangunkan vaksin. Kredit: Global Times

Vaksin ini sedang diuji di negara-negara termasuk Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Peru dan Argentina.

Pembuat vaksin dari China telah mengembangkan empat daripada sekitar berbelas calon vaksin terkemuka yang berada di peringkat akhir ujian di seluruh dunia.

Setakat ini, tiada vaksin telah menyelesaikan ujian fasa III penting yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya. Walau bagaimanapun, ia tidak menghentikan ratusan ribu orang di China dan luar negara disuntik dengan salah satu daripada empat calon vaksin China di bawah dasar yang dikenali sebagai kebenaran penggunaan kecemasan.

Vaksin-vaksin tersebut termasuk yang dikembangkan oleh Sinopharm, ditambah dengan tusukan yang dibuat oleh pembuat vaksin yang berpusat di Beijing iaitu Sinovac dan satu lagi oleh CanSino Biologics di Tianjin.

Di luar China, jangkaan tinggi bahawa vaksin China yang berjaya akan segera tersedia. Percubaan berskala besar Sinopharm di Argentina, yang dimulai bulan lalu, telah mendapat liputan media yang meluas, kata Eduardo Spitzer, pengarah saintifik Laboratorio Elea Phoenix di Buenos Aires, yang menganjurkan percubaan tersebut.

“Kami bekerja secepat mungkin, tetapi tanpa kehilangan kualiti dalam data yang diperoleh dari percubaan,” katanya.

Apakah pendapat anda mengenai ini? Komen dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy