Statistik terbaru tersebut dimaklumkan melalui sidang media Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak
COVID19: 9 Kes Positif Hari Ini, 273 Kes Positif Setakat Ini Di Sarawak. Sarawak hari ini merekodkan sembilan (9) lagi kes baharu positif COVID- 19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 273 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. Daripada 9 kes tersebut, 8 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes dirawat di Hospital Bintulu.

76 Orang PUI Baru
Hari ini juga, Sarawak mencatatkan 76 orang person under investigation menjadikan jumlah keseluruhan PUI sebanyak 1705. Daripada keseluruhan 1705 kes ini, 1358 kes adalah negatif dan 74 kes person under investigation masih menunggu keputusan makmal. Bandaraya Kuching hari ini mencatatkan 56 kes person under investigation telah disaring dimana 8 kes tersebut telah disaring di Kompleks Belia dan Sukan dan bagi 48 kes telah disaring di Hospital Umum Sarawak.
Berikut adalah statistik kes baru PUI mengikut daerah
Daerah | Jumlah |
Kuching | 56 |
Samarahan | 8 |
Serian | 3 |
Miri | 3 |
Bintulu | 3 |
Bau | 2 |
Simunjan | 1 |
Jumlah | 76 |
Sementara itu, kadar jangkitan di Kota Samarahan semakin bertambah setiap hari dan memerlukan pemantauan dan kawalan lebih rapi di kawasan tersebut bagi mengawal pertambahan kadar jangkitan di Bahagian Samarahan. Setakat ini, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan tahap 2 di negeri Sarawak berjalan dengan lancar tanpa berlaku insiden yang diingini.