fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak ‘Why Limit Yourself’ Dapat Anugerah Lagi

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
27 Disember 2019
Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak ‘Why Limit Yourself’ Dapat Anugerah Lagi
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Cecah Sebanyak 62,661 Tontonan Di Youtube Sejak Dimuat Naik!

Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak 'Why Limit Yourself' Dapat Anugerah Lagi
Kredit : FB Asa Esa Films

Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak ‘Why Limit Yourself’ Dapat Anugerah Lagi. Setelah kejayaan di Kazahkstan pada September yang lalu, video travel Sarawak Tourism Board yang bertajuk ‘Why Limit Yourself’ sekali lagi menerima anugerah di dalam negara pula. Anugerah tersebut disampaikan semasa majlis penyampaian Malaysia Digital Films Awards-MDFa 2019. Hebat!

Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak 'Why Limit Yourself' Dapat Anugerah Lagi
Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak ‘Why Limit Yourself’ Dapat Anugerah Lagi. Kredit : FB Asa Esa Films

Video yang dihasilkan oleh syarikat produksi Sarawak, Asa Esa Films tersebut mengambil masa selama 9 bulan untuk disiapkan . Ia disebabkan oleh faktor lokasi shooting yang pelbagai merangkumi seluruh kawasan Sarawak. Video yang berdurasi 2 minit 31 saat tersebut mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan anak muda di Sarawak. Kumpulan tersebut turut disertai oleh seorang pemuda Albino yang bernama Augustine. Secara amnya, video ini membawa mesej bahawa kekurangan fizikal tidak menghalangnya untuk menempuh perjalanan sepanjang berada di Sarawak.

ADVERTISEMENT

Cerita penuh tentang video travel ini ada di sini : Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan

Tewaskan 4 Pencalonan Utama Dalam Kategori Best Video Produced For The Internet

Lepas Menang Di Kazahkstan, Video Travel Sarawak 'Why Limit Yourself' Dapat Anugerah Lagi
Sumber : Asa Esa Films

Untuk pengetahuan anda, Malaysia Digital Films Awards-MDFa merupakan sebuah anugerah biennial (anugerah yang diadakan setiap dua tahun) yang mengiktiraf bakat baru dalam industri media kreatif Malaysia. Ia termasuklah penghasilan iklan, public service announcement, muzik video digital, filem animasi digital, filem pendek, CGI, dokumentari dan beberapa kategori lain. Antara penggiat seni yang pernah memenangi anugerah ini ialah Ellie Suriati Omar, Azharr Rudin, Adam Sinclair dan Paul Gan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : Sarawak Negeri Tunggal Yang Belum Dikenakan PKP

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19

Pemuda Albino bernama Augustine dalam video travel ‘Why Limit Yourself’

Dalam kategori Best Video Produced For The Internet, video travel ‘Why Limit Yourself’ telah menewaskan 4 calon yang telah disenarai pendek iaitu Bau, Gold Town of Sarawak (Carmen Toh Su Hua), Borneo Avatar (Carmen Toh Su Hua), En Qing | Grateful To You (CK Kong), dan This Is My Home, Sibu (Carmen Toh Su Hua).

ADVERTISEMENT

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada produksi Sarawak, Asa Esa Films serta Sarawak Tourism Board di atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada pembikin video dan filem Sarawak di luar sana untuk terus menghasilkan karya masterpiece dan membawa mesej positif kepada masyarakat.

Jangan lupa like dan share kisah kejayaan ini!

ADVERTISEMENT
Share280Tweet50SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy