fbpx
Cerita Borneo

Kumpulan Ini Tampil Kreatif Dengan Lathi Challenge, Promosikan Pakaian Tradisional Sarawak

Antara Video Lathi Challenge Yang ‘Stand Out’

Kumpulan Ini Tampil Kreatif Dengan Lathi Challenge, Promosikan Pakaian Tradisional Sarawak. Kemungkinan besar anda sudah tahu tentang Lathi Challenge yang kini trending di Malaysia dan Indonesia. Bagi mereka yang tidak familiar dengan challenge ini, ia merupakan sebuah challenge dimana individu mengaplikasikan make up dengan transition menarik yang serentak dengan lagu ‘Lathi’. Make up tersebut akan diaplikasikan secara step-by-step dan kemudian berakhir dengan individu tersebut menari kepada muzik dengan menggunakan pakaian tradisional Jawa dalam ruangan gelap untuk mempamerkan siluet mereka ketika menari. Mereka kemudian akan bertukar menunjukan wajah yang seram pada akhir video.

Semenjak Lathi Challenge tular, terdapat pelbagai variasi yang menarik dimuat naik dalam sosial media. Masing-masing menunjukkan bakat make up dan tarian mereka dan ada juga yang meletakkan sentuhan unik mereka sendiri!

Untuk kumpulan ini, mereka tampil kreatif dengan mempromosikan pakaian tradisional kaum etnik di Sarawak! Kacak habis sida polah!

Usaha Sekumpulan

Bagi kumpulan ini pula yang berpusat di Kuching, mereka tampil menunjukan kreativiti mereka dengan mempromosikan pakaian tradisional Sarawak. Lagi pun, buat setakat ini hanya pakaian Jawa sahaja paling popular manakala mereka yang membuat versi Sarawak hanya menunjukan satu kaum sahaja, jadi kumpulan ini mengambil inisiatif untuk mempamerkan pelbagai jenis pakaian tradisional yang ada di Sarawak.

Pada masa yang sama, mereka menunjukkan kepelbagaian budaya di Sarawak!

Anda boleh melihat video tersebut di bawah:

Dalam video tersebut, mereka mempamerkan pakaian traditional Orang Ulu, Bidayuh, Lun Bawang, Melanau, Iban, Salako, dan Melayu Sarawak.

Pemilik saluran YouTube itu, Fred Kamea merupakan koreografer Artis Budaya di JKKN dan juga yang menyediakan kostum-kostum tersebut. Dalam penjelasan video terbabit, beliau menjelaskan terdapat lebih dari 40 kaum etnik di Sarawak. Namun, beliau tidak dapat mempamerkan semua kaum etnik tersebut akibat tidak mempunyai kostum-kostum tersebut.

Difahamkan kumpulan itu mula merakam dari 2:30PM dan berakhir pada pukul 11:30PM pada 27 Jun yang lepas. Berikut adalah senarai nama yang telah usahakan video ini:

  • Model/Talent: Georgina Steel
  • MUA: Fazmeer @Payjoe
  • Kostum, penyunting video: Fred Kamea
  • Pengarah: Azlin Rebi
  • Pembantu Pengarah: Diyana Baharin

Woo… rupa macam senang tapi… Video seperti ini memerlukan banyak usaha, memandangkan mereka harus mengarahkan pergerakan model dan menyelaraskannya bersama setelah beberapa perubahan kostum. Hasilnya, memang mantap! Good effort, gais!

Semoga video ini memberi ilham kepada anda sekiranya anda teringin untuk membuat challenge ini. Serlahlah bakat dan kreativiti anda!

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button