I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kaum Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan? Inilah Sebabnya
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kaum Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan? Inilah Sebabnya

Nur Afifah 12 Oktober 2019
Kongsi
5 Min Bacaan
Banyak Makanan Sikpat Dimakan? Baca Explanation Tok Dolok
Kongsi

Banyak Makanan Sikpat Dimakan? Baca Explanation Tok Dolok.

Kredit : picdove.net

Jika anda mempunyai teman-teman yang berbangsa Melanau, pasti anda pernah mendengar mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat memakan beberapa jenis makanan seperti makanan laut atau pun daging haiwan atas sebab pantang larang keluarga. Hmmm. Masih ada rupanya yang amalkan pantang larang ini. Tapi kenapa ya?

Di sini kami dah lakukan sedikit kajian untuk anda. Mari kita buat sedikit aktiviti membaca hari ini.

1. Pantang Larang Warisan atau Keturunan Keluarga

Kaum Melanau pada zaman dahulu pada asalnya merupakan kaum yang disebut sebagai ‘likow‘ atau tidak mempunyai pegangan agama. Kebanyakan mereka mengamalkan amalan animisme iaitu kepercayaan kepada kuasa alam seperti laut, hutan, tumbuhan, matahari dan lain-lain. Oleh itu, kebanyakan pantang larang yang wujud adalah berpunca daripada sumpahan yang telah dibuat oleh nenek moyang sesebuah keluarga.

Kaum Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan? Inilah Sebabnya

Mengikut kepercayaan, sumpahan ini menyebabkan mereka tidak dapat memakan makanan yang tertentu kerana dikhuatiri akan ditimpa malapetaka atau penyakit yang teruk.

Setiap keturunan mempunyai pantang larang yang berbeza mengikut sumpahan keluarga. Terdapat keluarga yang dilarang untuk memakan daging kijang kerana menurut cerita nenek moyang mereka, seekor kijang betina telah datang untuk menyusukan anak mereka yang menangis kelaparan semasa nenek moyang mereka sedang sibuk bekerja di dalam hutan. Sebagai tanda terima kasih, mereka tidak memakan daging kijang tersebut. Jika termakan, risau akan mendapat luka-luka di badan dan boleh membawa maut.

2. Pantang Larang Kepercayaan

Kaum Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan? Inilah Sebabnya
Ikan Kerapu. Kredit : Bukalapak

Pantang larang kepercayaan pula merupakan kepercayaan pantang larang masyarakat kaum Melanau secara umumnya. Sebagai contoh, ada keturunan yang tidak boleh memakan linut walaupun linut merupakan makanan tradisi kaum Melanau. Hal ini kerana pada zaman dahulu, ketika rumah masyarakat kaum Melanau diserang musuh, mereka menyediakan sekawah linut yang masih panas untuk disimbah ke atas musuh sebelum mereka sempat naik ke atas. Jadi, mereka tidak dibenarkan untuk memakan linut kerana dikhuatiri akan menyebabkan badan dipenuhi gelembung air.

Selain itu, terdapat juga kepercayaan pantang larang yang melarang individu Melanau untuk memakan sayur midin yang berbentuk kurus dan tidak berdaun. Sayur midin ini digelar sebagai “ram bayoh” atau midin gila. Sekiranya dimakan, dikhuatiri bahawa individu yang memakannya akan menjadi gila dan dirasuk seperti perlakuan bomoh Melanau yang dipanggil “tow bayoh”.

Satu lagi contoh ialah pantang larang untuk memakan makanan laut seperti ketam, ikan patin, ikan haruan, ikan kerapu dan banyak lagi. Mengikut kepercayaan sesetengah kaum Melanau, seseorang itu akan diserang penyakit kulit dan rabun yang teruk sekiranya memakan ketam. Untuk mengubatinya, kulit ketam perlu dibakar dan diasapkan pada bahagian yang dijangkiti. Begitu juga dengan ikan haruan dan kerapu. Mereka dikhuatiri akan mengalami penyakit kulit yang seakan-akan sama dengan corak di badan ikan tersebut.

Pantang Larang Adalah Satu Cara Kawal Pemakanan, Tiada Unsur Ghaib

Sebenarnya, pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melanau sehingga ke hari ini lebih dilihat sebagai salah satu cara untuk mereka mengawal cara pemakanan mereka selain bersifat mencegah daripada diserang penyakit tertentu. Pantang larang ini juga lebih kurang sama dengan pantang larang masyarakat Melayu kerana tidak dikaitkan dengan unsur tabu atau ghaib yang menimbulkan kemarahan Tuhan. Bagi mereka yang melanggarnya, mereka hanya dianggap sebagai seorang yang tidak lagi percaya pada pantang larang tersebut.

Ada logiknya juga pantang larang ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan allergi kepada sesetengah mereka. Yalah, nenek moyang dulu tak tahu apa itu allergi. DNA pun lain-lain. Ada juga sesetengah orang yang tidak faham sekiranya disebut pantang, ia adalah satu kepercayaan karut. Oleh sebab itulah, kadang-kadang pantang larang ini disebut sebagai allergi bagi mengelakkan salah faham.

Haa, jangan pula ada yang mengata mereka ini sombong kerana menolak pelawaan anda untuk makan sesuatu. Mungkin mereka masih berpegang pada pantang larang ini. Think positive okay?

Adakah anda mempunyai pantang larang terhadap makanan tertentu? Kongsikan pengalaman anda dan jangan lupa like dan share post ini! Husnudzon!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jadi "Task" Rancangan Realiti British, Rupanya Kek Lapis Sarawak Dikenali Dunia! Jadi “Task” Rancangan Realiti British, Rupanya Kek Lapis Sarawak Dikenali Dunia!
Next Article Dah Beli Dekoder Belum? Siaran TV Analog Sabah Sarawak Ditamatkan Hujung Oktober Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?