• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki ‘Makan’ Penampar Gara-Gara Didakwa Sengaja Main Lampu Spotlight Kereta

Oleh
Nazihah AN
20 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Lelaki Makan Penampar Gara-Gara Didakwa Sengaja Main Lampu Spotlight Kereta

Dakwa sengaja main lampu kereta dan turut diubah suai, lelaki ini ditampar

Lelaki Makan Penampar Gara-Gara Didakwa Sengaja Main Lampu Spotlight Kereta. Di zaman sekarang, pemandu perlu lebih berhati-hati di jalan raya kerana semakin ramai pengguna jalan raya yang mudah terpancing dan bersikap ganas kerana perkara-perkara remeh.

Sebuah insiden tular apabila seorang lelaki didakwa telah menampar seorang pemuda dan rakannya berkali-kali serta mengugut mereka hanya kerana menyalakan lampu kereta semasa mereka sedang memarkir.

Kekasih pemuda tersebut, Yik Cheng, berkongsi cerita mengenai insiden yang berlaku pada 14 Oktober (Sabtu) di Setapak menerusi laman Facebooknya.

Yik Cheng menulis, “Kekasih saya telah membuat temu janji dengan seorang kawan untuk makan malam di Setapak. Oleh kerana hujan lebat ketika kami berlepas dari PJ, kekasih saya menyalakan lampu keretanya (lampu rendah) semasa menuju ke Setapak. Semasa kami memarkir, ada seorang ‘uncle’ (seperti dalam gambar) yang terus memasang lampu keretanya dan menekan hon berulang kali kepada kami.”

“Kawan kami keluar dari kereta dengan cara yang baik dan sopan untuk menanyakan apa masalahnya. Namun, ‘uncle’ tersebut dengan serta-merta memarahi kami sebaik saja dia keluar dari keretanya, mendakwa kami sengaja menyalakan lampu tinggi untuk menyakitkan matanya dan juga mendakwa lampu kereta kami telah diubahsuai.”

Lelaki Makan Penampar Gara-Gara Didakwa Sengaja Main Lampu Spotlight Kereta
Lelaki Makan Penampar Gara-Gara Didakwa Sengaja Main Lampu Spotlight Kereta

Yik Cheng kemudian menjelaskan bahawa lampu kereta kekasihnya tidak diubahsuai dan berwarna kuning biasa.

“Kami dengan sopannya memberitahu bahawa kami tidak menyalakan lampu tinggi dan mengajaknya untuk memeriksa sendiri. Namun, dia datang dan menampar kekasih saya sambil mendakwa kekasih saya sombong, dan terus mendakwa lampu kereta kami telah diubahsuai.”

“Selepas itu, kekasih saya menelefon polis. Tetapi, ‘uncle’ tersebut mengambil kesempatan untuk menampar kekasih saya lagi. Dia juga mengancam akan menampar kekasih saya setiap kali bertemu dengannya. Kemudian, dia menampar kawan kami dan memecahkan dua buah telefon,” tambah Yik Cheng.

Apabila ‘uncle’ tersebut sedar bahawa pemuda-pemuda tersebut tidak lagi mahu menerima layanannya dan mahu mempertahankan diri, dia mengatakan akan membawa orang lain sebagai sokongan dan meninggalkan tempat kejadian dengan keretanya, sebuah Proton Wira berwarna putih.

Mereka kemudian membuat laporan polis mengenai insiden tersebut, terutama memandangkan serangan ‘uncle’ tersebut telah menyebabkan pemuda-pemuda tersebut cedera.

“Kekasih saya dan kawan kami telah dilempang sebanyak enam kali hingga mukanya bengkak,” kata Yik Cheng, menasihati orang ramai untuk mempertahankan diri jika berhadapan dengan insiden serupa dengan lelaki tersebut.

Dia juga berharap lelaki tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tindakannya yang ganas.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Tular MYAirline Henti Operasi Mengejut, Pekerja Dedah Kisah Sebenar Di Tiktok
Tinggal Sekejap Troli Luar Kedai, Wanita Ini Kecewa Barang Belian Lesap Sekelip Mata
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bantuan E-Wallet RM100 Bakal Dikreditkan Bermula Disember Ini
Next Article Sertai Acara Khas Di Kuching Ini Untuk Peluang Lebih Cerah Raih Dana Kandungan Digital

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?