Replika Mercu Tanda di Sabah Jadikan Roundabout Setiap Daerah Nampak Ohsem
Hanya Di Sabah, Tengah Bulatan Ada Replika Gergasi Pelbagai Bentuk. Bulatan atau roundabout adalah sesuatu yang biasa kita lihat semasa memandu terutamanya di kawasan yang sesak. Biasanya, hanya bulatan yang berskala besar yang mempunyai mercu tanda yang indah dan cantik.
Siap ada air pancutan dan pancaran cahaya yang berwarna warni. Tapi tahukah anda bahawa roundabout di Sabah lebih advanced daripada itu?
Di Sabah, roundabout di setiap daerah di sana dihiasi dengan replika mercu tanda yang besar dan nampak “alive”. Ada binatang, ada tengkolok, ada teko, ada macam-macam lagi lah.
1. Teko Ajaib di Ranau
Di mana lagi anda boleh temui teko yang boleh terapung sendiri macam ini kalau tak di Ranau, Sabah.
2. Sigah Gergasi di Donggongon, Penampang
Sigah ialah sejenis hiasan kepala tradisional atau tanjak yang dipakai oleh lelaki di Sabah. Kepelbagaian warna dan corak sigah ini melambangkan daerah asal pemakainya. Uiinaa, bulatan pun ko bulih kasi tagap-tagap macam ini.
3. Halia dan Parang Besar di Tambunan
Perggh, kalau tengok dalam gambar nampak macam real lah halia ini.
4. Kubis Hijau di Kundasang
Dahlah hijau, nasib tak boleh petik. Kalau nak buat lauk kenduri pun ada lebih lagi kubis ini.
5. Kuda Gagah di Tuaran
Ada banyak lagi mercu tanda yang unik di setiap roundabout di Sabah ini. Anda semua pasti tidak akan bosan sepanjang pengembaraan anda di sini. Kalau anda ada masa, buat lah roadtrip bersama keluarga atau rakan-rakan untuk merakamkan kenangan anda di roundabout-roundabout unik di Sabah. Bulih bah kalau kau!
Jangan lupa like dan share post ini serta tag kawan-kawan Sabah anda. Mana tahu ada yang rindukan kampung halaman masing-masing.