I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Notification Show More
Latest News
Cawangan Pertama Di Sarawak, Mykori Dessert Cafe Bakal Dibuka Awal Bulan Jun Ini Di Miri
Cawangan Pertama Sarawak, Mykori Dessert Cafe Bakal Dibuka Awal Bulan Jun Ini Di Miri
17 Mei 2022
Didakwa Mengugut Untuk Memukul Ibunya, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan Polis
Didakwa Mengugut Untuk Memukul Ibunya, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan Polis
17 Mei 2022
Curi Wang Simpanan Ibu Bernilai RM1.2K, Seorang Lelaki Dari Miri Diberkas Polis
Curi Wang Simpanan Ibu Bernilai RM1.2K, Seorang Lelaki Dari Miri Diberkas Polis
17 Mei 2022
Dapat Sambutan Menggalakkan Rotiboy Bakal Buka Cawangan Kedua Di Vivacity Kuching Dapat Sambutan Menggalakkan, Rotiboy Bakal Buka Cawangan Kedua Di Vivacity Kuching
Dapat Sambutan Menggalakkan, Rotiboy Bakal Buka Cawangan Kedua Di Vivacity Kuching
17 Mei 2022
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
16 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 25/01/22 5:20 PM
Kongsi
5 Min Bacaan
BeFunky collage 2022 01 25T172017.974 Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Kongsi
Sponsored

Agak-agak bila tu?

Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia? Negeri Sabah terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan struktur gunung ganang yang memukau. Namun, tahukah anda siapa dan bila kawasan negeri Sabah ini mula didiami oleh manusia?

Menurut sumber arkeologi yang dilaporkan semula Daily Express, Sabah mula didiami oleh manusia seawal 10,000 hingga 30,000 tahun yang lalu. Manusia pertama mendiami Sabah adalah di kawasan Pantai Timur Sabah.

Sponsored
Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Sumber : Facebook

Mula didiami manusia selepas tasik di Sungai Tingkayu mengering

Sebelum Sabah didiami oleh manusia, ahli arkeologi mendapati bahawa berlakunya tumpahan lava daripada Mostyn Volcano yang kini telah pupus. Lava yang mengalir daripada Mostyn Volcano ini telah menyebabkan sebahagian daripada Sungai Tingkayu menjadi empangan, seterusnya membentuk sebuah tasik yang besar. Namun demikian, apabila tasik tersebut mengering, gua batu kapur dan bukit-bukit mulai kelihatan dan menarik perhatian manusia untuk berpindah dan hidup di sana selama 5,000 tahun.

Walau bagaimanapun, cerun yang besar dan gua batu kapur ini kemudian ditinggalkan dan terbiar oleh manusia sehingga ia akhirnya digunakan semula untuk tujuan pengebumian. Populasi yang kini mendiami sekitar Tingkayu juga tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar-benar berasal daripada jalur keturunan asal yang pernah tinggal di kawasan itu.

Sponsored
Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia? Sungai Tingkayu pada sekitar tahun 1930-an. Kredit foto : Dr. E. Wenk via North Borneo Philately

Keturunan Idahan jadi perintis kehidupan awal manusia di gua sekitar Pantai Timur Sabah

Kajian terawal berkaitan kewujudan keranda lama di dalam gua tersebut dilakukan oleh Pastor Orolfo, seorang renjer hutan senior di Jabatan Perhutanan British North Borneo.

Menariknya, kajian Pastor Orolfo mendapati bahawa orang Idahan, iaitu orang asal Lahad Datu dipercayai adalah keturunan Gomorid Kimau. Keturunan Gomorid Kimau dikenali sebagai keturunan peneroka bagi kebanyakan gua di Madai, Baturong, dan Bukit Tapadong.

Sponsored
Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Pakaian tradisi orang Idahan di Sabah. Kredit foto : MySabah.com

Disebabkan nenek moyang keturunan Idahan adalah peneroka awal, mereka merupakan perintis kepada fungsi dan sistem ekonomi yang berlaku dalam gua di pantai timur Sabah. Sejak 5 hingga 6 abad yang lalu, keturunan Idahan bukan beragama Islam. Golongan tua di Lahad Datu menjejak susur galur keturunan mereka sejak 6 atau 7 generasi yang lampau menerusi nama Abdullah. Mereka mengambil rujukan nama Abdullah memandangkan generasi nenek moyang pertama memeluk Islam akan dibubuh nama Abdullah di belakang nama asal mereka.

Jika dikaji dengan lebih teliti sebelum generasi pertama nenek moyang mereka yang memeluk Islam, orang Idahan ini pastinya mempunyai amalan dan budaya yang sudah tidak lagi diamalkan. Apatah lagi selepas mereka mempunyai identiti baru sebagai umat Muslim.

Sponsored

Tradisi menyimpan mayat di dalam keranda belian

Sebelum keturunan Idahan ini memeluk agama Islam, mereka meletakkan mayat di dalam keranda dan menyimpannya di dalam gua. Ini kerana keranda ini boleh tahan daripada mereput dalam jangka masa yang lama, memandangkan ia diperbuat daripada kayu belian dan merbau dan beberapa jenis kayu lain daripada keluarga pohon jenis Dipterocarpaceae.

Sesetengah daripada keranda ini diukir dengan begitu cantik. Penutup keranda dihiasi dengan kepala tembadau di kedua-dua hujung. Dengan ketebalan 1 hingga 2 inci, keranda yang kosong hanya boleh diangkat dengan kekuatan sekurang-kurangnya 5 orang lelaki dewasa!

Sponsored
Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Keranda yang dijumpai di Gua Agop Batu Tulug, Kinabatangan. Kredit foto : Sabah Tourism

Lebih menarik, di dalam sebuah keranda masyarakat awal Idahan ini yang lazimnya mempunyai kepanjangan sehingga 9 kaki, terdapat beberapa keranda kecil yang terkandung di dalamnya. Menerusi penemuan semasa melakukan ekskavasi di lantai gua, Pastor percaya bahawa keranda kecil ini digunakan untuk mengangkut barang kemas atau barang berharga milik si mati dan diletakkan di dalam keranda besar bersama mayat.

Antara barangan berharga yang dijumpai adalah seperti parang, tombak, pisau, serpihan pinggan, serpihan bekas air, manik dan pelbagai barangan diperbuat daripada kayu. Bentuk keranda ini juga lebih kurang sama seperti keranda purba yang dijumpai di Tanah Besar China, Thailand, Vietnam dan Sulawesi, Indonesia.

Sponsored

Walaupun terdapat persamaan dari segi budaya dan amalan di antara petempatan awal di Sabah dan beberapa negara Asia yang lain, namun sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihannya.

Lagi sejarah Sabah yang perlu anda tahu :

Sponsored
Nur Afifah 25 Januari 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik
Next Article Terpanjang Di Sarawak Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Didakwa Mengugut Untuk Memukul Ibunya, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan Polis
Cerita Borneo

Didakwa Mengugut Untuk Memukul Ibunya, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan Polis

17 Mei 2022
Curi Wang Simpanan Ibu Bernilai RM1.2K, Seorang Lelaki Dari Miri Diberkas Polis
Cerita Borneo

Curi Wang Simpanan Ibu Bernilai RM1.2K, Seorang Lelaki Dari Miri Diberkas Polis

17 Mei 2022
Dapat Sambutan Menggalakkan Rotiboy Bakal Buka Cawangan Kedua Di Vivacity Kuching Dapat Sambutan Menggalakkan, Rotiboy Bakal Buka Cawangan Kedua Di Vivacity Kuching
Cerita Borneo

Dapat Sambutan Menggalakkan, Rotiboy Bakal Buka Cawangan Kedua Di Vivacity Kuching

17 Mei 2022
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Cerita Borneo

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang

16 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?