• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Malu Buka Google Search Buatkan Peguam Asal Johor Ini Lancar ‘Klaka’ Sarawak

Oleh
Ismail NA
1 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Bunyi pun memang ‘on point’ macam orang Sarawak.

Tak Malu Buka Google Search Buatkan Peguam Asal Johor Ini Lancar ‘Klaka’ Sarawak. Mempelajari bahasa asing pastinya adalah sesuatu yang sukar jika anda malu bertutur dan bertanya. Kebolehan bahasa ini tidak dinafikan adalah kemahiran yang mesti dipraktikkan. Lama-kelamaan, mesti boleh cakap dengan lancar punyalah.

Menerusi perkongsian saluran Youtube MLStudios, Alan Razak yang merupakan seorang peguam berkongsi pengalamannya belajar Bahasa Melayu Sarawak, dalam bahasa Sarawak sendiri!

Tak Malu Buka Google Search Buatkan Peguam Asal Johor Ini Lancar Klaka Sarawak
Alan Razak. Kredit: MLStudios

Belajar dari rakan dan jiran orang Sarawak

Beliau memulakan video dengan berkongsikan latar belakang pendidikannya di mana beliau merupakan pelajar jurusan perundangan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah dan kemudiannya memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam.

Jelas Alan, video ini merupakan kali pertama beliau menuturkan bahasa Melayu Sarawak di khalayak ramai sejak beliau mempelajarinya 2 tahun yang lalu dan mengakui agak sedikit gementar.

Walau bagaimanapun, sepanjang 4 minit video tersebut, beliau menceritakan dengan terperinci bagaimana rakan-rakan sepejabat dan jirannya tidak segan silu untuk ‘klaka’ bahasa Sarawak dengannya. Hal ini membuatkan Alan lama-kelamaan memahami dan mula belajar dalam diam sebelum mampu membalas percakapan dalam bahasa Melayu Sarawak.

Tak Malu Buka Google Search Buatkan Peguam Asal Johor Ini Lancar Klaka Sarawak
Tak Malu Buka Google Search Buatkan Peguam Asal Johor Ini Lancar ‘Klaka’ Sarawak. Kredit: MLStudios

Mula-mula saya tak faham. Lama-lama saya dengar, tengok saja apa yang dibualkan oleh mereka,”

Gigih buka ‘Google’ bila cuba bertutur dengan rakan orang Sarawak

Pada awalnya, setiap kali orang Sarawak cuba untuk bercakap dengannya dalam Bahasa Melayu Sarawak, Alan hanya mampu menjawab ‘sik faham’, yang bermaksud ‘tidak faham’ dalam Bahasa Malaysia. Beliau mengambil masa selama 6 bulan untuk memahami dan membiasakan diri dengan Bahasa Melayu Sarawak, dan 6 bulan seterusnya untuk berjaya membalas percakapan dan pertanyaan. Steady!

Tak Malu Buka Google Search Buatkan Peguam Asal Johor Ini Lancar Klaka Sarawak
Kredit: MLStudios

Ceritanya lagi, semasa beliau cuba bercakap dengan rakan sepejabatnya yang merupakan orang Sarawak, Alan tidak segan silu untuk membuat carian di ‘Google’ jika tidak memahami maksud sesuatu perkataan Melayu Sarawak yang dituturkan.

Orang Sarawak tak marah atau gelak kalau ada salah cakap, sebaliknya mereka tolong betulkan – Alan

Peguam asal Johor ini juga memuji sikap orang Sarawak yang tidak mudah melatah apabila ada percakapan Melayu Sarawaknya yang salah dan tidak betul. Sebaliknya, mereka akan cuba memperbetulkan dengan cara baik dan mengajar semula perkataan dan penggunaan kata yang betul.

Dulu saya ingatkan kalau mereka dengar saya salah cakap, mereka akan marah atau gelakkan saya. Tapi rupanya, tak! Sidak ya semua nang ‘cool’ bah. Nang ‘cool’ (Mereka semua memang sempoi bah. Memang sempoi).

Menurut Alan, satu pelajaran paling penting sepanjang proses beliau mempelajari bahasa Melayu Sarawak adalah untuk tidak malu menuturkannya dan bertanya jika mahukan kepastian. Bagi mereka yang melihat individu yang ingin belajar, anda juga tidak seharusnya memandang rendah dengan kemampuan mereka dan memberikan galakan bagi membolehkan mereka belajar dengan senang hati.

Tips ini bukan sahaja untuk belajar sesuatu bahasa, bahkan juga boleh dipraktikkan untuk mempelajari budaya dan adat resam bangsa yang lain. Anda boleh menonton video penuh perkongsian Alan di sini:

Nang steady bahasa Sarawak kitak, Alan! Mun ada masa, iboh lupak melawat kamek orang di Sarawak tok. Hehe.

Sebelum ini, wanita ini juga memuji sikap sopan santun orang Sarawak yang menawan hatinya:

[VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti
Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Luah Rasa Kecewa 'Beam' Jadi Mangsa Vandalisme Di Kuching Netizen Luah Rasa Kecewa ‘Beam’ Jadi Mangsa Vandalisme Di Kuching
Next Article Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi ‘Money Lender’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?