Ini 6 tempat menarik di Beaufort yang wajib anda kunjungi
Ini Panduan Ringkas Dan 6 Aktiviti Menarik Untuk Pencinta Alam Di Beaufort Sabah. Beaufort, sebuah bandar yang terletak di Sabah, tidak hanya kaya dengan budaya dan sejarahnya yang unik, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk para pencinta alam.
Dengan keindahan alam semula jadi yang memukau, terdapat beberapa lokasi di sekitar Beaufort yang pasti akan memenuhi keinginan anda untuk menjelajah dan merasai keajaiban alam. Mari kita lihat beberapa aktiviti menarik yang boleh anda nikmati di Beaufort, Sabah.
1. Pulau Tiga
Destinasi percutian ini terkenal dengan keindahan khazanah darat dan lautnya. Ia adalah destinasi ideal untuk mereka yang gemar aktiviti hutan, melihat burung, serangga hutan, reptilia, dan tidak ketinggalan juga untuk aktiviti scuba diving.
Pulau Tiga juga pernah menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti TV antarabangsa, iaitu Survivor.
Maklumat Penting
Lokasi: Kuala Penyu, Pulau Tiga, Pulau Tiga, Sabah
Waktu Operasi: 0800 pagi – 0500 petang (Isnin hingga ahad)
2. Weston Wetland Park
Terletak kira-kira 100 km dari bandar KK (Kota Kinabalu), di sini pengunjung berpeluang mencuba aktiviti river safari untuk melihat binatang-binatang eksotik yang terkenal di kepulauan Borneo seperti monyet belanda (proboscis monkey), kelip-kelip, long tail macaques, dan tumbuh-tumbuhan liar sepanjang sungai.
Maklumat Penting
Lokasi: Jalan Menengah, 89800 Beaufort, Sabah
Waktu Operasi: 0700 pagi hingga 1000 malam
3. Sungai Padas
Sungai Padas di Sabah adalah destinasi untuk berakit (rafting) premium yang menawarkan pengalaman mendebarkan dan penuh adrenalin. Ia hanya boleh diakses dengan kereta api melalui perjalanan indah pemandangan dari Beaufort ke Pangi.
Sesi ‘arung jeram’ sejuah 10km melalui arus deras mengambil masa 1.5-2 jam. Di sini, anda boleh menempah pakej untuk mengikuti aktiviti rafting di Sungai Padas.
Menariknya pakej ini, makan tengah hari disediakan sebelum menaiki semula kereta api ke Beaufort.
Pakej ini termasuk pengangkutan, peralatan, panduan, jamuan makanan dan lain-lain.
Lawatan minimum 4 orang serta kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan ke sini.
Maklumat Penting
Lokasi: Sungai Padas, Beaufort, Sabah
4. Garama Wetland
Nikmati pelayaran santai 1.5 jam di Sungai Garama untuk melihat Monyet Beruk yang terkenal dengan hidung besar dan perut buncit mereka.
Monyet ini berkumpul dalam kumpulan kecil dan mudah dilihat melompat dari pokok ke pokok pada waktu siang atau petang.
Kawasan ini juga menarik haiwan liar lain seperti monyet, kelawar, burung dan kerbau. Pelayaran berakhir saat matahari terbenam. Terdapat kedai makanan dan minuman tepi sungai. Disarankan untuk menempah terlebih dahulu melalui ejen pelancongan atau pengendali pelancongan tempatan.
Maklumat Penting
Lokasi: Wisma Sabah, Lot No. 228 – 229, 2nd Floor, Jalan Tun Fuad Stephens, Sabah, Kota Kinabalu.
Waktu Operasi: 0400 – 0600 petang (Cruise)
5. Starcevich Memorial
Tugu Peringatan Starcevich merupakan salah satu tugu peringatan yang terletak di pekan Beaufort, Sabah. Tugu Peringatan Starcevich juga dikenali sebagai Tugu Peringatan Beaufort.
Tugu ini dibina adalah bagi memperingati Tom Starcevich iaitu seorang Tentera Australia yang telah banyak membantu membebaskan beberapa tempat di Sabah terutama sekali daerah Beaufort dari saki baki Tentera Jepun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada 28 Jun 1945.
Maklumat Penting
Lokasi: Jln Tugu, Pekan Beaufort, 89800 Beaufort, Sabah, Malaysia
6. Klias Wetland
Terletak di timur Beaufort dan merupakan satu lagi tarikan pelancongan ecotourism yang ada di sini. Klias Wetland merupakan sebuah hutan paya bakau yang menempatkan beberapa binatang Borneo yang terkenal seperti proboscis monkey dan juga orang utan.
Pengunjung boleh menaiki bot di waktu petang untuk melihat binatang-binatang ini dan juga kelip-kelip pada waktu malam.
Maklumat Penting
Lokasi: Jalan Beaufort – Menumbok, Kampong Kota Klias, 89800 Beaufort, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi: 0500 – 0630 petang (Cruise)