• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun

Oleh
Nazihah AN
26 Januari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun

Perkahwinan adat ini diamalkan oleh kaum Dusun di Sabah

Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun. Memandangkan Borneo adalah sebuah pulau yang dipenuhi dengan pelbagai kaum, tidak dinafikan terdapat banyak budaya unik yang datang bersama mereka.

Bagi masyarakat Dusun di Sabah, terdapat adat perkahwinan yang diamalkan dipanggil ‘Moipanau’ – iaitu tradisi pengantin perempuan diiringi ke rumah pengantin lelaki.

Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun
Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun

‘Moipanau’ atau juga ‘mongoi panau’

Sebelum lanjut, ia perlu diketahui bahawa setiap subetnik Dusun (seperti Dusun Liwan yang terdiri daripada Keningau, Ranau dan Tambunan) mempunyai cara yang berbeza untuk melakukan upacara Moipanau.

Tradisi Moipanau atau juga ‘mongoi panau’ secara asasnya adalah tradisi rombongan yang pergi menjemput pengantin perempuan yang akan diiringi ke rumah pengantin lelaki.

Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun
Upacara moipanau dari subetnik Dusun Bundu Tuhan. Kredit foto: Ernia Joe via YouTube

Secara tradisional, pengantin perempuan akan dijemput dari rumahnya dan kemudian diiringi oleh rombongan itu menuju ke rumah pengantin lelaki. Ini adalah isyarat simbolik sebuah keluarga ‘menyerahkan’ anak perempuan mereka kepada keluarga lain iaitu pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Kebiasaannya, kita sering melihat pengantin perempuan menggunakan gaun berwarna putih semasa hari meriah mereka tetapi untuk tradisi ini, pengantin perempuan akan dilihat menggunakan pakaian tradisi mereka.

Malah, pengantin perempuan akan siap menggunakan veil ketika mereka diiringi, mewujudkan suasana misteri yang menyelubungi pengantin perempuan sebelum diserahkan kepada pengantin lelakinya.

Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun
Upacara Moipanau dari subetnik Dusun Bundu Tuhan. Kredit foto: Iebie Ivania Anthony via Facebook

Contoh upacara Moipanau

Bagi Dusun Liwan Tambunan, cara mereka melakukan upacara moipanau pada masa dahulu adalah pengantin wanita dan pengantin lelaki akan membuat majlis makan terlebih dahulu, masing-masing di rumah sendiri. Hanya pada waktu malam, wanita berkenaan akan dijemput oleh wakil dari pihak lelaki untuk ke rumah lelaki tersebut. Keadaan ini sama seperti bersanding.

Menariknya, perkataan ‘moipanau’ digelar sebagai ‘mogonggoi’ di Tambunan.

Sementara lelaki itu bertunggu di rumahnya, pengantin perempuan akan menuju ke rumah lelaki itu dengan berpakaian pakaian tradisional iaitu sinombiaka berlengan panjang dan menggunakan veil untuk menutup mukanya. Wanita itu akan diiringi oleh 6 orang lain yang turut menggunakan sinombiaka berlengan pendek. Pengiring akan berlagu sambil mereka menuju ke rumah pengantin lelaki.

Sebaik sahaja rombongan wanita itu tiba ke rumah pengantin lelaki, sebuah ruang khas disediakan untuk duduk bersama. Apabila pasangan itu sudah duduk bersama, sebuah rinait akan dibuat oleh bobolian (bomoh). Rinait adalah puisi mantera atau juga puisi yang diungkapkan oleh bobolian sebelum melakukan upacara adat.

Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun
Pasangan itu akan duduk bersama di ruang khas yang disediakan. Kredit foto: Nelson Michael via YouTube

Kemudian, ahli keluarga dan saudara-mara lelaki itu akan memperkenalkan diri mereka kepada pengantin perempuan, dengan menghidangkan suki (cawan buluh), diisi dengan sedikit tapai. Perkara ini digelar puunai ku po kia atau “cuba sikit dahulu” – istilah ini biasanya digunakan untuk minum.

Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun
Antara hidangan yang disajikan. Kredit foto: Media Network

Selepas upacara perkenalan, rombongan pengantin wanita akan balik. Pada hari ketujuh, baru pengantin lelaki akan pergi menjemput pengantin perempuan untuk kembali dengannya. Hari ketujuh ini digelar sebagai popogop do lado atau mengunyah lada. Dari sini, pasangan itu sudah digelar sebagai suami isteri.

Dimodenkan untuk mengikut zaman sekarang

Cara upacara ini dijalankan pada masa kini telah diubah sedikit, namun akarnya masih sama. Pada zaman moden, upacara ini dilakukan semasa hari perkahwinan pasangan pengantin.

Pada masa kini, upacara moipanau dilakukan pada hari perkahwinan itu sendiri sebagai cara untuk mengingati tujuan simboliknya. Yang sering dilihat adalah upacara ini akan dilakukan di mana pengantin perempuan akan diiringi oleh 6 pengiring lain, yang akan mengiringinya sambil menyanyi.

@aicjeanne Adat tradisi perkahwinan dusun – Mongongoi/moi panau – when the groom entourage pick up the bride from their home #mongongoi #moipanau #dusunsabahwedding #traditionalwedding #sabahtraditionalwedding #sabahtraditionaldrink #traditionalculture #dusunculture #tanaksabah #tombonuo #sabahwedding #traditionalcostume ♬ Sumazau Pusing – True Echo

Pengantin wanita akan diiringi ke pintu masuk tempat perkahwinan, berpakaian pakaian tradisionalnya. Kadang-kadang, terdapat sebilangan pengantin wanita tidak memakai veil tetapi ada juga yang memilih untuk mengekalkan penggunaan veil pada muka mereka.

Meskipun adat ini sudah diubah suai mengikut zaman, ia adalah satu pandangan yang menarik untuk mengekalkan upacara tradisional. Pada kali seterusnya anda dijemput ke majlis perkahwinan Dusun, anda mungkin cukup bertuah untuk melihat upacara ini dilakukan. Ia sememangnya satu perkara yang indah untuk disaksikan!

Lagi di sini:

Upacara Miring, Persembahan Doa Kepada Tuhan Semasa Hari Gawai Dayak
Kenali Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Bidayuh

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8 Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8
Next Article Pulau Daat Yang Dilelong Di Labuan Akhirnya Dibeli Dengan Harga RM 80 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?