fbpx
Berita Dunia

14 Ahli Keluarga Di AS Dijangkiti COVID-19 Susulan Aktiviti BBQ

Family gathering yang membawa padah

14 Ahli Keluarga Di AS Dijangkiti COVID-19 Susulan Aktiviti BBQ. Setelah berbulan-bulan tidak bersama, keluarga ini menganggap ia sudah selamat berkumpul untuk membuat aktiviti BBQ di halaman rumah.

Siapa sangka aktiviti tersebut menyebabkan 14 ahli daripada keluarga berkenaan dijangkiti Covid-19.

14 Ahli Keluarga Di AS Dijangkiti COVID-19 Susulan Aktiviti BBQ
14 Ahli Keluarga Di AS Dijangkiti COVID-19 Susulan Aktiviti BBQ

Semua ahli keluarga sihat semasa itu

Menurut laporan dari Fox4News, kesemua ahli kelurga tersebut sihat semasa family gathering tersebut. Namun, 14 ahli daripada keluarga itu disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian.

Salah seorang sudah meninggal dunia manakala seorang lagi masih berada atas ventilator.

Pemilik rumah tersebut kini menyesal kerana beranggap bahawa ia salah beliau walaupun dipujuk oleh ahli keluarga lain ia bukan salahnya.

“Mereka semua pujuk saya bahawa ia bukan salah saya, tetapi ia rumah saya,” kata Green, pemilik rumah dimana aktiviti BBQ tersebut diadakan.

Green dan pasangannya mengadakan sebuah gathering untuk kedua ibu bapa mereka pada pertengahan Jun. Mereka berenam sihat pada masa itu dan meneruskan aktiviti tersebut.

Beberapa hari kemudian, 14 orang dalam gambar keluarga ini didapati positif Covid-19.

14 Ahli Keluarga Di AS Dijangkiti COVID-19 Susulan Aktiviti BBQ
14 orang dalam gambar ini disahkan positif Covid-19. Kredit: Fox4News

Rasa seperti tuan rumah sebab beliau pengasas idea pengumpulan itu

Green berkata beliau rasa seperti tuan rumah kerana walaupun mereka tidak tahu siapa pembawa, ia tersebar di kalangan mereka. Perkara ini menyebabkan beliau rasa bertanggungjawab kerana beliau pengasas idea untuk berkumpul.

“Saya menghadapi masa yang sukar dengan perkara itu,” ujarnya lagi.

Green dimasukkan ke Medical City Dallas di mana beliau luangkan masa tiga hari. Difahamkan virus tersebut menyerang sistem tarafnya lalu beliau dimasukkan ke dalam wad kecemasan setelah didapati masih mempunyai virus tersebut.

Bapa mertua beliau, Rafael Ceja, dimasukkan ke hospital berkenaan pada hari yang sama kemudian diikuti oleh neneknya yang berusia 68 tahun. Neneknya meninggal di hospital akibat virus terbabit.

14 Ahli Keluarga Di AS Dijangkiti COVID-19 Susulan Aktiviti BBQ
Gambar sekadar hiasan.

Manakala Rafael, yang mengidap radang paru-paru, sedang berada dalam ventilator selama 11 hari pada masa penulisan.

“Ini sesuatu yang tidak pernah saya alami dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyangka, tetapi ia nyata. Saya tahu ia nyata,” kata Marisa Ceja, ibu Green.

Insiden dijadikan contoh betapa senang Covid-19 menular

Dr. Priya Subramanian, doktor penyakit berjangkit yang tiada kaitan dengan kes ini berkata insiden ini adalah contoh jelas bahawa Covid-19 ialah virus yang mudah menular.

“Dengan fakta bahawa orang yang tidak mempunyai gejala dapat menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain yang membuat ini lebih rumit. Apa-apa jenis pendedahan titisan, orang berisiko tinggi untuk menularkan penyakit ini,” katanya.

Green mengatakan bahawa beliau tidak memakai pelitup muka semasa BBQ tersebut dan perkara ini dikatakan keputusan yang sangat dia sesali.

“Saya tidak rasa senang dengan tindak balas saya dan memikirkan tentang orang lain yang kisah tentang perkara ini,” kata Green.

Keluarga itu kini tertumpu pada Rafael Ceja dan berdoa agar beliau akan sembuh. Beliau kini masih bergantung kepada alat sokongan hidup.

Dr. Priya menasihati agar orang ramai terus menghindari perhimpunan, tidak kira sekecil mana pun.

Lagi disini:

Sumber
Fox 4 News

Artikel Berkaitan

Back to top button