fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
24 September 2020
Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Seorang wanita dan teman lelakinya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini kerana membunuh anak sendiri.

Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung. Seorang wanita dan teman lelakinya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki wanita tersebut pada tahun 2014.

Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung
Bunuh Anak Sendiri, Sepasang Kekasih Dihukum Ke Tali Gantung

Pasangan Kekasih dijatuhkan hukuman gantung mandatori

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap Saravanan Kumar, 30, dan T. Gayathry, 36, selepas pihak pembelaan gagal untuk membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

ADVERTISEMENT

Dalam penghakimannya, Ahmad Shahrir berkata, mahkamah tidak boleh menerima alibi tertuduh pertama, Saravanan Kumar bahawa tertuduh tidak berada di lokasi kejadian memandangkan tidak ada kenyataan bertulis daripada saksi.

Saravanan diwakili peguam by V. Parthipan manakala Gayathry diwakili peguam Gabriel Susayan.

ArtikelBerkaitan

Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Pada 13 Oktober 2014, pasangan kekasih itu didakwa di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam dekat sini atas kesalahan membunuh S. Kaviarasan yang ketika itu berumur lima tahun.

ADVERTISEMENT

Pasangan tersebut didakwa melakukan jenayah tersebut di Jalan Ladang, Permatang Serai di Bukit Tengah antara jam 8 pagi pada 20 September dan 11.25 pagi, 29 September 2014.

Kes telah disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan ikat jamin tidak dibenarkan untuk kesalahan.

ADVERTISEMENT

Kanak-kanak lelaki yang dikatakan dibunuh secara tidak sengaja oleh ibunya di rumah mereka di Kulim, Kedah sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak di ladang sawit berhampiran Permatang Tinggi, Bukit Tengah,Pulau Pinang.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui kira-kira sembilan hari selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Ibu mangsa ketika itu dilaporkan membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya hilang ketika bersiar-siar di Esplanade, George Town pada 23 September 2014.

Baca lagi disini:

Share69Tweet43SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy