fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Disney Keluarkan Trailer Untuk Raya And The Last Dragon, Meminjam Elemen Budaya Dari Malaysia

Kedung BK Oleh Kedung BK
22 Oktober 2020
Disney Keluarkan Trailer Untuk Raya And The Last Dragon, Meminjam Elemen Budaya Dari Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sebuah filem terbitan Disney

Disney Keluarkan Trailer Untuk Raya And The Last Dragon, Meminjam Elemen Budaya Dari Malaysia. Semalam, Walt Disney Animation Studios (Disney) telah mengeluarkan sebuah trailer filem yang akan datang.

Dinamakan ‘Raya and The Last Dragon’, ia menceritakan kisah seorang pahlawan wanita dalam usaha mencari naga terakhir untuk membawa keamanan kepada dunia.

ADVERTISEMENT
Disney Keluarkan Trailer Untuk Raya And The Last Dragon, Meminjam Elemen Budaya Dari Malaysia

Meminjam elemen dari nusantara

Sebuah fakta menarik anda perlu tahu juga adalah salah satu penulis filem adalah seorang keturunan Malaysia! Adele Lim, salah seorang penulis filem itu, adalah penerbit dan penulis filem dan televisyen kelahiran Malaysia. Anda mungkin tahu salah satu filem famous beliau iaitu Crazy Rich Asians yang ditayangkan pada 2018 dan dibintangi oleh Constance Wu, Awkwafina dan our very own Henry Golding!

Adele Lim, penulis kelahiran Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat. Kredit: DC Asian Pacific American Film Festival

Beliau juga salah seorang penceramah kepada Coalition of Asian Pacific in Entertainment (CAPE), iaitu sebuah organisasi yang menyokong orang Asia Amerika dan penduduk Pasifik dalam industri hiburan.

ArtikelBerkaitan

Kajian Dari UK Menunjukkan Bahawa Vaksin COVID-19 Telah Mengurangkan Hospitalisasi Dan Kematian

Belum Reda COVID19, Kini H5N8 Pula Dikesan Menjangkiti Manusia Di Russia

ADVERTISEMENT

Menurut sumber, filem ini akan meminjam unsur budaya dari Nusantara, seperti Malaysia (negara kelahiran Adele), Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja, Indonesia, dan Filipina. Malah, studio disebalik filem ini telah menghantar pasukan kreatif dalam lawatan penyelidikan ke pelbagai negara di Asia Tenggara dan bekerjasama dengan Southeast Asia Story Trust. Mereka juga berkolaborasi dengan antropologi visual Lao yang melihat setiap reka bentuk sebelum diselesaikan, serta ahli bahasa, penari, dan pemuzik Gamelan dari Indonesia!

Topeng yang digunakan oleh salah seorang watak dalam trailer appears to be a topeng Barong dari Indonesia. Kredit: Cartoon Brew

Penduduk berpecah belah

Trailer yang ditayangkan semalam hanya menunjukkan beberapa saat penduduk di tempat fiksyen, Kumandra. Menurut trailer, Raya telah berlatih seumur hidup untuk menjadi guardian of the dragon gem tetapi dunia telah berubah malah penduduk pun berpecah belah dalam beberapa kumpulan (seperti yang ditunjukkan dalam trailer). Ia dipercayai bahawa setiap kumpulan diilhamkan oleh etnik-etnik utama di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, kita harus menunggu trailer kedua keluar untuk mengesahkan teori ini!

ADVERTISEMENT
Penduduk Kumandra terdiri dari pelbagai etnik, yang mungkin diilhami oleh pelbagai kaum di Nusantara. Kredit: YouTube

Anda boleh lihat trailer Raya and the Last Dragon di bawah:

Filem ini pada mulanya dijadualkan untuk ditayang pada bulan November 2020. Namun, ia telah dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan Mac 2021!

Apakah pendapat anda tentang trailer ini? Komen dan jangan lupa share artikel ini!

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy