fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Jangkakan Bayi Bersama, Influencer Ceraikan Suami Untuk Kahwin Dengan Anak Tiri

Kedung BK Oleh Kedung BK
12 Jun 2020
Jangkakan Bayi Bersama, Influencer Ceraikan Suami Untuk Kahwin Dengan Anak Tiri
Share on FacebookShare on Twitter

Incest is wincest, I guess…

Jangkakan Bayi Bersama, Influencer Ceraikan Suami Untuk Kahwin Dengan Anak Tiri. Belum redah lagi kontroversi-kontroversi yang menggelombang dunia, seorang influencer dari Rusia menggempar headlines setelah ia diketahui dia menceraikan suaminya lebih dari 10 tahun untuk bersama dengan anak tirinya, iaitu anak kepada bekas suaminya. Pasangan itu kini menjangkakan bayi bersama.

love GIF
Jangkakan Bayi Bersama, Influencer Ceraikan Suami Untuk Kahwin Dengan Anak Tiri

Dari Anak Tiri ke Teman Lelaki

Dalam pendedahan tersebut, influencer terbabit, Marina Balmasheva, berumur 35 tahun, mendedahkan dia telah menjalinkan hubungan dengan (bekas) anak tirinya, iaitu Vladimir ‘Vova’ Shavyrin, yang berumur 20 tahun.

Pasangan itu mula mengenali sama diri 13 tahun yang lepas, ketika Marina berumur 22 tahun dan Vova berumur 7 tahun. Vova ialah anak lelaki kepada bekas suaminya, Alexey Shavyrin.

ArtikelBerkaitan

Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5

Rindu Suasana Luar Negara? Cuba Laman Interaktif Memandu Di Bandar Seluruh Dunia Ini

View this post on Instagram

A post shared by Марина Балмашева (@marina_balmasheva) on Jun 7, 2020 at 6:53am PDT

Ketika memaklumkan dia dan teman lelaki barunya itu menjangkakan bayi, Marina berkata dia “penat bersembunyi. Saya tahu bahawa tarikh akhir masih kecil. Ultrasound dengan jantung masih belum tiba. Tetapi saya ingin anda tahu bahawa apa-apa sahaja boleh dilakukan di dunia ini. Bayi saya sudah berusia 4 minggu dan ya, itulah sebabnya kami memutuskan untuk berkahwin.”

Dia turut bersertakan dua keping gambar – ketika Vova berumur 7 tahun (Marina sebagai ibu tiri) dan kini sebagai seorang dewasa (kini sebagai teman lelaki Marina).

View this post on Instagram

A post shared by Марина Балмашева (@marina_balmasheva) on May 6, 2020 at 9:49am PDT

“Anda tidak tahu bagaimana kehidupan akan berubah, dan bila anda akan bertemu dengan orang yang membuat anda senyum. Saya tahu ada yang akan menilaikan kami, dan ada yang akan menyokong kami. Tapi kami bahagia, dan kami harapkan anda sedemikian juga,” kata Marina.

Merancang Untuk Membina Keluarga Bersama

Dalam keterangannya, Marina mempertahankan hubungan mereka dengan mengatakan mereka telah jatuh cinta sama diri dan merancang untuk mempunyai anak lagi di masa depan.

Bekas suami Marina, Alexey, telah bercakap mengenai hubungan bekas isterinya dan anak kandungnya di sebuah rancangan bual bicara tempatan.

“Saya tidak dapat tidur pada suatu malam apabila saya menyedari mereka sedang bercinta di belakang saya. Saya terus mengetahui bahawa isteri saya curang dengan anak saya sendiri. Beberapa minit kemudian, isteri saya datang tidur di tepi saya tetapi saya tidak bercakap dengannya.”

Jangkakan Bayi Bersama, Influencer Ceraikan Suami Untuk Kahwin Dengan Anak Tiri
Kredit: Giphy

Apakah pendapat anda tentang hubungan ini? Komenkan pendapat anda dan kongsikan artikel ini!

Lebih lagi disini:

SUMBER : The Hook Site
Share305Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy