fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Menteri Kesihatan Indonesia Enggan Ditemu Bual, Penyampai Berita ‘Wawancara’ Dengan Kerusi Kosong

Kedung BK Oleh Kedung BK
30 September 2020
Menteri Kesihatan Indonesia Enggan Ditemu Bual, Penyampai Berita 'Wawancara' Dengan Kerusi Kosong
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Segmen itu disiarkan menerusi program berita popular Mata Najwa di Indonesia

Menteri Kesihatan Indonesia Enggan Ditemu Bual, Penyampai Berita ‘Wawancara’ Dengan Kerusi Kosong. Penyampai berita warga Indonesia, Najwa Shahib, mengadakan ‘wawancara’ dengan sebuah kerusi kosong malam tadi setelah Menteri Kesihatan negara itu iaitu Terawan Agus Putranto, menolak jemputan Najwa untuk membincangkan situasi Covid-19 di Indonesia.

Wawancara itu bergema dengan pengguna media sosial kerana memberikan gambaran sarkastik mengenai ketelusan dan akauntabiliti kerajaan Indonesia semasa pandemik. Di Indonesia, sebanyak 278,722 orang dijangkiti Covid-19 dan 10,473 telah maut akibat virus itu.

Menteri Kesihatan Indonesia Enggan Ditemu Bual, Penyampai Berita ‘Wawancara’ Dengan Kerusi Kosong

Telah memberi jemputan beberapa kali tetapi sering ditolak

Menurut Najwa menerusi akaun Mata Najwa di Twitter (dalam bentuk sindiran), beliau telah berulang kali menjemput menteri itu untuk tampil ke program itu tetapi tidak mendapat balasan.

ArtikelBerkaitan

Asteroid Gergasi Berukuran Menara Eiffel Bakal Melalui Ruang Angkasa Bumi

Anak Kambing Dilahirkan Berwajah Manusia, Dipuja Bagai Tuhan Oleh Penduduk Kampung

Dalam segmen tersebut, Najwa mengemukakan beberapa pertanyaan yang ingin beliau dan penonton tanyakan kepada Terawan, termasuk mengetepikan keseriusan wabak itu pada tahap awal dan peningkatan jumlah kes Covid-19 yang positif di Indonesia.

Najwa juga sempat menyindirkan menteri terbabit yang tidak menghadirkan diri semasa segmen itu, dengan menyatakan bahawa Terawan adalah seorang “menteri kesihatan berprofil terendah di dunia.”

Najwa dilihat bertemu bual dengan kerusi kosong sebagai pengganti Menteri Kesihatan Indonesia yang tidak hadir. Kredit: Twitter

Menteri Kesihatan sepatutnya memberitahu rakyat penyelesaian jelas

Menerusi Twitter lagi, Najwa mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan Indonesia sepatutnya tampil demi rakyat untuk memberitahu penyelesaian yang jelas agar dapat mencegah pandemik semakin tular dan sukar dikawal.

Beliau menyatakan bahawa pegawai kerajaan lain telah menghadirkan diri ke program Mata Najwa untuk berbicara tentang Covid-19 sebelum ini tetapi tindakan kementerian kesihatan yang nampaknya enggan berbicara dengan wartawan mengenai situasi mengecewakan beliau.

“Jemputan ini (ke Terawan) bukan untuk mencabarkan atau sejenisnya, tetapi harapan agar maklumat dan dasar menangani wabak ini dapat diperoleh langsung dari pihak relevan. Rakyat harus mendengar rancangan kerajaan untuk menghadapi pandemik yang telah berlangsung selama 6 bulan. Ada banyak kerja yang perlu diselesaikan, tetapi semuanya boleh bermula jika anda hadirkan diri, Encik Terawan, anda boleh menentukan tempat dan masa,” katanya.

Segmen beliau yang wawancara sebuah kerusi kosong di mana Terawan sepatutnya duduk kini tular dalam Twitter. Hashtag #MataNajwaMenantiTerawan telah naik ke puncak senarai tren Twitter di Indonesia susulan tweet penyampai berita itu malam tadi.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

Gila, ide @NajwaShihab dan @narasitv untuk monolog seolah wawancara dengan Menteri Terawan ini benar-benar tamparan keras dan karya jurnalistik yg epik.
Wajarlah Pak Luhut selalu bersedia wawancara sama Mbak Najwa walau tersudut, daripada nasibnya seperti Pak Terawan, lebih malu. pic.twitter.com/Xm6xuWAIQC

— Mazzini (@mazzini_gsp) September 28, 2020

Malu-malu pun bertemu bual dengan kerusi kosong, ia lebih memalukan jika pihak yang bertanggungjawab terhadap kesihatan rakyat tidak muncul untuk menjelaskan penyelesaian. Semoga negara jiran dipermudahkan segala urusan.

Lagi di sini:

Share67Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy