fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
12 Oktober 2020
Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Seorang pelajar tingkatan empat adalah salah seorang daripada lima yang ditahan atas tuduhan merogol kanak-kanak 12 tahun.

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis. Lima individu termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan semalam kerana telah disyaki merogol kanak-kanak tahun enam pada 29 September lepas.

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis
Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis

Kelima-lima suspek telah ditahan

Ketua Polis Daerah Dungun Terengganu Supt Baharuddin Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan adalah berusia 16 hingga 23 tahun. Kelima-lima suspek telah ditahan kira-kira pukul 5 hingga 6.30 pagi semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada malam sebelumnya.

Pada kejadian 29 September lepas, kira-kira pukul 9 malam, mangsa yang sedang menunggang motosikal berseorangan untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam, tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal yang menyuruh mangsa untuk memberhentikan motosikalnya.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Hampir Cecah Seribu, Sarawak Catat 960 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis

Salah seorang suspek merupakan seorang yang dikenali oleh mangsa

Salah seorang suspek merupakan seorang yang dikenali oleh mangsa kemudiannya menunggang motosikal milik mangsa dan membawa mangsa bersamanya ke sebuah ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa bersama empat rakannya yang lain, menurut Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharuddin Abdullah.

Supt Baharuddin Abdullah juga turut berkata salah seorang suspek juga turut merampas telefon bimbit mangsa supaya mangsa tidak boleh meminta sebarang bantuan.

Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun, Lima Lelaki Ditahan Polis

kejadian terbongkar kerana ibu mangsa menyedari perubahan sikap anaknya

Menurut beliau, kejadian tersebut kemudiannya terbongkar kerana ibu mangsa menyedari perubahan sikap anaknya yang menjadi murung, sebelum mangsa menceritakan kejadian malang tersebut dan dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Kelima-lima suspek direman seminggu bermula hari ini dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan.

Lagi disini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy