fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Semoga Berjaya Kepada Calon SPM 2020 Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
22 Februari 2021
Semoga Berjaya Kepada Calon SPM 2020 Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Hari ini seramai 401,105 pelajar di seluruh Malaysia akan menduduki SPM dalam norma baharu.

Semoga Berjaya Kepada Calon SPM 2020 Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu. Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh Malaysia mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik COVID-19 yang menuntut mereka membawa ‘perisai’ tambahan.

Di samping berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaannya apabila memasuki dewan utama peperiksaan, kelainan bagi calon SPM 2020 ialah mereka juga perlu membawa ‘perisai’ iaitu pelitup muka atau pelindung muka bagi mencegah penularan wabak tersebut.

ADVERTISEMENT

Pada hari pertama peperiksaan ini, calon akan menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, masing-masing bermula pukul 8 pagi dan 2 petang.

Semoga Berjaya Kepada Calon SPM 2020 Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu
Semoga Berjaya Kepada Calon SPM 2020 Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu

Kumpulan pertama duduki peperiksaan SPM dalam norma baharu

Kumpulan pelajar Tingkatan Lima termasuk pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) itu menjadi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan SPM dalam pembudayaan norma baharu.

ArtikelBerkaitan

Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak

ADVERTISEMENT

Bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM), termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.

Selain itu, semua pelajar juga perlu menyerahkan borang perisytiharan kesihatan yang lengkap setiap hari sebelum memasuki dewan peperiksaan selain mengambil suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang tempoh menduduki peperiksaan tersebut.

ADVERTISEMENT

Namun begitu, calon yang didapati positif COVID-19 atau calon yang diarahkan menjalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada hari tersebut dan hanya boleh menduduki kertas peperiksaan yang dijadual semula selepas disahkan berada dalam keadaan sihat oleh doktor yang merawat berserta surat pengesahan doktor.

Semoga Berjaya Kepada Calon SPM 2020 Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu

48,014 pengawas peperiksaan akan memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi

Seramai 48,014 pengawas peperiksaan akan memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya sepanjang tempoh peperiksaan yang dijadualkan berlangsung hingga 25 Mac.

Calon SPM pada hari ini juga merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan yang memaksa mereka untuk beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype gara-gara penularan pandemik COVID-19.

Peperiksaan SPM, SVM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan pada November setiap tahun, namun bagi tahun 2020, peperiksaan terbabit terpaksa ditangguhkan kepada Januari 2021 sebelum dianjak sekali lagi kepada Februari 2021 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang telah memaksa penutupan sekolah.

Kredit: BERNAMA

Lagi di sini:

SUMBER : BERNAMA
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy