fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
8 Mac 2021
TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Hal ini dilakukan kerana tiada sebarang kes baharu yang dicatatkan di Kampung Emperoh Jambu.

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini. Hari ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menamatkan tempoh PKPD di Kampung Emperoh Jambu, Padawan memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu. Di samping itu juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

Selain itu, hari ini Sarawak telah melaporkan 1 kematian yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 66 tahun yang telah mendapat rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami kelesuan, demam dan batuk beberapa hariyang lepas.

Ujian saringan rapid test kit antigen dan rT-PCR COVID-19 yang dibuat di hospital pada 01 Mac 2021 adalah positif. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 06 Mac 2021. Kes mempuyai ko-morbid anemia aplastic.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Hampir Cecah Seribu, Sarawak Catat 960 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini
TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Hari ini terdapat 252 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak

Manakala, hari ini terdapat 252 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak di mana 234 tidak menunjukkan sebarang gejala dan 18 menunjukkan gejala. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (149), Bintulu (23), Miri (17), Subis (13), Kuching (7), Mukah (7), Betong (6), Sarikei (6), Sebauh (6), Kanowit (5), Kapit (5), Julau (2), Meradong (2), Belaga (1), Beluru (1), Samarahan (1), dan Tatau (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11,348 kes.

Hari ini, Daerah Julau telah bertukar ke status Merah setelah merekodkan sejumlah 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Daerah Bau pula telah kembali ke status Jingga daripada status merah setelah mencatatkan sejumlah 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Daerah Kanowit telah bertukar ke status Jingga

Daerah Kanowit telah bertukar ke status Jingga setelah merekodkan 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Darah Belaga telah bertukar status Kuning setelah mencatatkan satu (1) kes jangkitan tempatan pada hari ini.

Daerah Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2697 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Lagi di sini:

SUMBER : Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
Share67Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy