fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
15 Julai 2020
3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Amaran untuk kita lebih berjaga-jaga.

3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati. Nampaknya rakyat tempatan di Sarawak tidak boleh memandang rendah tentang penularan semula pandemik ini terutamanya di bahagian selatan negeri ini.

Terbaharu, terdapat 3 kes positif baharu dilaporkan hari ini. 2 daripadanya adalah dari bahagian Kuching manakala 1 kes dikesan di Kota Samarahan.

ADVERTISEMENT

Dengan jangkitan terbaharu ini, Kota Samarahan yang sebelum ini diisytiharkan zon hijau kembali menjadi zon kuning.

3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati
3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati
Sumber : FB UKAS

Pertambahan 3 kes ini menjadikan jumlah kes keseluruhan di Sarawak meningkat kepada 583 kes setakat ini. Kes ke-581 merupakan seorang lelaki bukan warganegara yang bekerja sebagai jurutera projek di sebuah syarikat tempatan Kuching.

Kes ke-582 pula merupakan seorang petugas kesihatan di hospital swasta Kuching manakala kes ke-583 merupakan rakan sekerja kepada kes ke -581. Untuk pengetahuan anda, kes ke-582 dan 583 tidak menunjukkan sebarang gejala namun disahkan positif pada hari yang sama ujian saringan COVID-19 dilakukan.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Transmisi lokal yang belum diketahui punca

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini turut mendedahkan bahawa kesemua jangkitan kes baharu adalah merupakan transmisi lokal yang belum diketahui puncanya.

Ini kerana individu yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat atau pulang dari luar negara dalam masa yang terdekat.

ADVERTISEMENT

Ada kemungkinan penularan pandemik gelombang kedua

Dengan penularan semula kes ini, rakyat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan serta keselamatan diri. Pihak kerajaan juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan berlaku gelombang kedua jangkitan sekiranya SOP dan langkah pencegahan tidak diperketatkan dari sekarang.

3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati

Peringatan untuk seluruh rakyat di Sarawak

Pengesahan kes positif baharu ini juga merupakan peringatan kepada seluruh rakyat di Sarawak agar tidak alpa akan langkah seperti memakai pelitup muka serta sentiasa mencuci tangan.

Bukan itu sahaja, elakkan daripada berada di kawasan yang sesak buat sementara waktu kerana anda berisiko terdedah dengan individu yang tidak diketahui membawa jangkitan. Apatah lagi kini gejala jangkitan tidak kelihatan.

Kita belum menang lagi. Patuhi SOP dan sentiasa duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar. Jaga penjarakan sosial.

Baca juga artikel lain :

Share2009Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy