fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

5 Daerah Di Sabah Dilanda Banjir, Kota Belud Bertukar Ibarat Tasik, Moga Bertabah Semuanya!

iloveborneo Oleh iloveborneo
28 Jun 2020
5 Daerah Di Sabah Dilanda Banjir, Kota Belud Bertukar Ibarat Tasik, Moga Bertabah Semuanya!
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Beberapa kawasan di Sabah dilanda banjir teruk

Sabah Dilanda Banjir, Kota Belud Bertukar Ibarat Tasik, Moga Bertabah Semuanya! Lima daerah di Sabah iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Penampang, Keningau dan Tuaran dilanda banjir susulan hujan lebat sejak semalam.

5 Daerah Di Sabah Dilanda Banjir, Kota Belud Bertukar Ibarat Tasik, Moga Bertabah Semuanya!
5 Daerah Di Sabah Dilanda Banjir, Kota Belud Bertukar Ibarat Tasik, Moga Bertabah Semuanya!

Tular di media sosial keadaan semasa banjir di Sabah, di mana Kota Belud sebagai contoh ibarat tenggelam dan membentuk sebuah tasik. Penampang juga dilanda banjir teruk dengan bulatan dongongan dan jalan sekitarnya tenggelam menjadi ibarat sungai.

ADVERTISEMENT

Setakat semalam, Sebanyak 19 Kampung Terjejas Di Kota Belud

Sebanyak 19 Kampung terjejas di Kota Belud iaitu Kampung (Kg) Siasai Tamu, Kg Kota Belud, Kg Bobot, Kg Ejuk, Kg Menunggui, Kg Lebak Engad, Kg Serimbai, Kg Lingkodon, Kg Dongoi, Kg Marajah, Kg Lebak Moyoh, Kg Sadok-Sadok, Kg Gunding, Kg Linau, Kg Karang Benai, Kg Taun Gusi, Kg Tanjung Pasir, Kg Labuan dan Kg Tanjung Wakap.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah itu, bencana itu menjejaskan 41 buah kampung, namun setakat ini hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi iaitu di Kota Belud, membabitkan 31 mangsa daripada 16 keluarga.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Beberapa kampung di Penampang, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran juga dinaiki air, namun tiada PPS dibuka setakat pagi ini.

“Pemantauan sedang dibuat di kawasan-kawasan panas di daerah berkenaan dan segala maklumat terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa,” kata agensi itu menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Bernama.

ADVERTISEMENT

Beberapa jalan raya juga terjejas dan tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh susulan hujan lebat lebih tiga jam semalam. Kawasan yang terjejas teruk ialah di KM 41 Jalan Keningau – Kimanis yang mengalami kejadian tanah runtuh pada 6.30 petang semalam.

Namun syarikat konsesi telah diarah menjalankan kerja-kerja pembersihan malam tadi dan kini jalan itu boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Semoga banjir di Sabah cepat berasur pulih dan penduduk Sabah dilindungi, insha-Allah.

Baca juga artikel lain :

Share15417Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy