fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

7 Kakitangan Istana Negara Positif COVID19, Agung dan Permaisuri Kini Isolasi Diri

Kedung BK Oleh Kedung BK
26 Mac 2020
7 Kakitangan Istana Negara Positif COVID19, Agung dan Permaisuri Kini Isolasi Diri
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kuarantin selama 14 hari

7 Kakitangan Istana Negara Positif COVID19, Agung dan Permaisuri Kini Isolasi Diri. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini tengah menjalani kuarantin selama 14 hari setelah tujuh kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.

7 Kakitangan Istana Negara Positif COVID19, Agung dan Permaisuri Kini Isolasi Diri. Kredit: Borneo Post

Sudah menjalani saringan kesihatan

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fafil Shamsuddin, dalam satu kenyataan berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminan Maimunah Iskandariah sudah menjalani saringan kesihatan dan disahkan negatif Covid-19, namun dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai semalam.

ADVERTISEMENT

Beliau bertambah lagi kakitangan-kakitangan Istana Negara yang disahkan positif kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan dalam keadaan stabil.

Datuk Ahmad Fafil Shamsuddin mengumumkan pernyataan tersebut. Kredit: Malay Mail

Dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri

Ahmad Fadil berkata, susulan kejadian itu, Al-Sultan Abdullah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

ADVERTISEMENT

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini (dan) turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Zulkifli dalam kenyataannya lagi berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu

ADVERTISEMENT

KKM kini tengah mengesan sumber jangkitan

Mengenai kakitangan-kakitangan Istana Negara yang disahkan positif Covid-19, Ahmad Fadil berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tengah mengesan sumber jangkitan manakala Kepong Health Centre telah mengenal pasti kontak rapat mereka.

“Semua kontak rapat diarah untuk menjalankan saringan Covid-19 dan disuruh untuk mengelak menyebarkan penyakit tersebut di Istana Negara dengan menjalankan kuarantin selama 14 hari, mulai semalam.” kata beliau.

Beliau bertambah lagi proses disinfection menyeluruh akan dijalankan di Istana Negara selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan KKM untuk memastikan keselamatan dan persekitaran yang kondusif di Istana.

“Langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesejahteraan semua kakitangan di Istana Negara juga menjadi keutamaan kepada Yang Mulia dan telah dilaksanakan walaupun sebelum MCO berkuatkuasa. Istana Negara akan terus memberikan kerjasama penuh kepada KKM untuk memastikan penyebaran penyakit itu dapat dibendung dengan cepat dan berkesan,” katanya lagi.

Share247Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy