fbpx
Cerita Borneo

AirAsia dan MAS Tawar Kadar Tetap Untuk Cuti Tahun Baru Cina 2020

AirAsia dan MAS Tawar Kadar Tetap Untuk Cuti Tahun Baru Cina 2020. Setelah berteka-teki selama beberapa minggu ini tentang tawaran fixed low fares sempena Tahun Baru Cina 2020, laman web rasmi syarikat penerbangan di Malaysia akhirnya mengumumkan harga tambang flight istimewa dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Yeay!

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh AirAsia, tambang murah tetap ditawarkan untuk penerbangan lewat malam bermula 21 hingga 31 Januari 2020. Kadar tetap penerbangan ialah pada harga RM149* untuk laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu, Bintulu, Miri serta Johor Bahru ke Sibu. Untuk laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan dan Tawau, harga tetap penerbangan ialah pada RM 199*.

Harga tambang ini adalah kadar one-way all-in-fares (harga penerbangan satu hala termasuk cukai dan fees). Hmm, boleh tahan.

AirAsia dan MAS Tawar Kadar Tetap Untuk Cuti Tahun Baru Cina 2020

Jumlah Penerbangan Ke 20 Destinasi Popular Ditambah, Siap Ada Diskaun 50% Untuk Barangan Duty Free!

Sempena Tahun Baru Cina tahun ini juga, AirAsia juga turut menambah jumlah penerbangan ke 20 destinasi popular seluruh negara seperti dari Kuala Lumpur ke Sibu, Tawau, Langkawi, Penang dan Singapura, dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, dan Tawau, dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu dan Tawau manakala dari Kuching ke Kuala Lumpur, Sibu dan Singapura.

Antara tawaran gempak AirAsia yang lain ialah;

  • 10% diskaun check-in baggage jika anda menempah penerbangan untuk destinasi dalam Malaysia
  • Diskaun 5% tempahan hotel dengan menggunakan promo code DOUBLE2020
  • Potongan harga sehingga 50% untuk barangan duty free dan 2020 BIG Points di ourshop.com
  • Festive Meal RM12
  • Penginapan 3H 2M SNAP (flight+hotel) serendah RM122

Fú Fixed Fare Festival’ MAS Tawar Tiket Serendah RM129 Sehala. Wow!

Malaysia Airlines (MAS) juga tampil dengan tawaran tambang tetap ‘Fú Fixed Fare Festival’ yang tidak kurang hebatnya. Untuk musim perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, semua penerbangan kelas ekonomi ke 600 destinasi domestik bakal menikmati kadar tambang tetap ini.

Penerbangan domestik MHLite all-inclusive (one-way) menyediakan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Bintulu, Sibu, Miri dan Labuan pada harga RM169 dan RM180 ke Sandakan dan Tawau. Untuk penerbangan dari Kota Kinabalu-Tawau, Kuching-Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Sandakan dan Kuching-Miri, harga tambang tetap yang dikenakan ialah RM129.

Harga yang sama juga ditawarkan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi domestik di Semenanjung seperti Penang, Langkawi, Johor Bahru dan lain-lain.

Tawaran MAS ini didatangkan dengan beg kabin 7 kg beserta snek dan minuman. Anda boleh terus melayari laman web Malaysia Airlines atau menempah penerbangan anda melalui agensi pelancongan yang dilantik oleh MAS.

Kadar tambang tetap yang diumumkan ini merupakan salah satu usaha kerajaan bersama syarikat penerbangan Malaysia bagi menyediakan pengangkutan udara bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan. Nice lah!

Yang mana satu pilihan anda? Ada yang masih belum beli tiket sebab tunggu deal ni keluar? Buat pilihan anda sekarang sebelum anda menyesal.

Artikel Berkaitan

Back to top button