fbpx
Cerita Borneo

AirAsia Kaji Kemungkinan Untuk Menaikkan Harga Tiket Penerbangan

Perbincangan sedang diadakan untuk menentukan jika ada keperluan mendesak untuk menaikkan harga tiket mereka

AirAsia Kaji Kemungkinan Untuk Menaikkan Harga Tiket Penerbangan. Syarikat tambang rendah AirAsia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk menaikkan harga tiket penerbangan mereka kerana perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Menurut Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranum, perbincangan sedang diadakan untuk menentukan jika ada keperluan mendesak untuk menaikkan harga mereka.

‘Jika ada kenaikan harga, ianya mungkin tidak besar’

‘Sekarang ini, kami tidak tahu lagi berapa jumlah kenaikkan harga (jika ada) kerana kami juga tidak tahu berapa jumlah keseluruhan pesawat AirAsia yang dibenarkan beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan – Menurut Datuk Kamarudin Meranum selepas majlis perasmian Kempen Amal ‘ Derma Dengan Ikhlas ‘ hari ini.

AirAsia Kaji Kemungkinan Untuk Menaikkan Harga Tiket Penerbangan
AirAsia Kaji Kemungkinan Untuk Menaikkan Harga Tiket Penerbangan

Masa depan dunia penerbangan sememangnya menjadi satu isu penting ketika ini dengan pelbagai analisis dilakukan mengenai masa depan dunia penerbangan.

Anda boleh baca :

Malaysia Airlines dan Malindo Air juga sebelum ini turut menyatakan bahawa peraturan penjarakan sosial penumpang di dalam pesawat boleh menyebabkan kenaikkan harga setinggi 54% dari harga biasa. Ini diperlihatkan apabila Kerajaan Thailand membuat peraturan mewajibkan tempat duduk tengah dikosongkan.

Menurut Datuk Kamarudin lagi, AirAsia akan terus menggunakan harga dinamik berdasarkan kapasiti dan juga permintaan. Promosi juga akan diadakan apabila keadaan mengizinkan. Kenaikan harga juga bergantung dengan kos dan AirAsia akan berusaha untuk tidak menaikkan harga kerana ianya akan membebankan pengguna.

‘Niat kami untuk menyambung penerbangan adalah bagi memastikan operasi dapat diteruskan, dan bukan untuk mencari keuntungan, kerana dalam keadaan yang sukar sekarang, sangat susah untuk syarikat penerbangan mendapatkan keuntungan’

‘Selagi kami dapat membayar kos pengurusan seperti penyelenggaraan dan sebagainya, ianya sudah mencukupi’ kata beliau lagi.

Sementara itu, AirAsia telah membelanjakan sebanyak RM50 ribu dari dana sumbangan mereka untuk membeli barang keperluan dari ST Rosyam Mart untuk diagihkan kepada 1000 keluarga, ibu tunggal, NGO, Masjid dan juga badan kebajikan.

‘Setakat ini, kami telah menyediakan bantuan di lebih 50 lokasi dan kami juga menyedari bahawa terdapat banyak lagi komuniti yang memerlukan bantuan’ – menurut Dato Kamarudin Meranum lagi.

AirAsia telah melancarkan kutipan derma secara digital pada 5 April dan berjaya meraih sebanyak RM911 000 setakat ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close