fbpx
Cerita Borneo

‘Airlines’ Kembali Operasi, Sarawak Hadkan Penerbangan Dari KL 8 Kali Seminggu

4 Ke Kuching, 2 Ke Miri, 1 Ke Sibu Dan Bintulu.

‘Airlines’ Kembali Operasi, Sarawak Hadkan Penerbangan Dari KL 8 Kali Seminggu. Kementerian Pengangkutan Sarawak memutuskan agar penerbangan keluar masuk ke Sarawak akan terus dihadkan walaupun operasi syarikat penerbangan kini kembali dibuka. Ia bagi memastikan pusat-pusat kuarantin yang di negeri ini mencukupi dengan jumlah penumpang yang bakal tiba.

Perkara tersebut diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, setelah mengambil kira saranan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bagi memastikan bilangan pusat kuarantin di seluruh negeri mencukupi.

'Airlines' Kembali Operasi, Sarawak Hadkan Penerbangan Dari KL 8 Kali Seminggu
Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak.

Ia susulan peningkatan ketara rakyat Sarawak yang pulang dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan. Kesemua mereka wajib menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah ditetapkan.

Tambah Kim Shin lagi, beliau telah menghubungi Menteri Pengangkutan, Datuk Dr. Wee Ka Siong bagi menyampaikan saranan daripada Jawatankuasa berhubung perkara berkenaan. Saranan tersebut ialah dengan mengehadkan jumlah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak.

Penerbangan Dari Kuala Lumpur Ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu

Menerusi kenyataan nya pada hari ini pula, perbincangan di peringkat Persekutuan telah bersetuju mengehadkan jumlah penerbangan seperti yang dipohon oleh kerajaan Sarawak. Oleh yang demikian, kini Sarawak hanya menerima 4 kali seminggu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, 2 kali seminggu ke Miri dan sekali seminggu ke Bintulu.

'Airlines' Kembali Operasi, Sarawak Hadkan Penerbangan Dari KL 8 Kali Seminggu
‘Airlines’ Kembali Operasi, Sarawak Hadkan Penerbangan Dari KL 8 Kali Seminggu

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu juga akan beroperasi banyak sekali seminggu mulai 16 Mei depan.

Keputusan tersebut telah disampaikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia kepada pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada 30 April untuk tindakan susulan yang diperlukan oleh syarikat penerbangan.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close