fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ambil Langkah Bijak, Sarawak Pilih Untuk Tidak Laksanakan PKPB Mulai 4 Mei

iloveborneo Oleh iloveborneo
2 Mei 2020
Ambil Langkah Bijak, Sarawak Kekal Ikut PKP Sehingga 12 Mei
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Ambil Langkah Bijak, Sarawak Pilih Untuk Tidak Laksanakan PKPB Mulai 4 Mei. Sarawak hari ini mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga kajian implikasi tersebut diselesaikan. Oleh itu, perniagaan dan pelbagai sektor ekonomi yang terlibat masih akan ditutup sehingga kajian selesai.

Hormat Pengumuman Perdana Menteri

Kerajaan Sarawak menghormati pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keperluan untuk membuka ekonomi lantas melonggarkan perintah kawalan pergerakan untuk sektor ekonomi bergerak bermula hari Isnin ini, 4 Mei 2020.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Kerajaan Sarawak membuat keputusan untuk mengkaji implikasi pembukaan aktiviti ekonomi, seperti sektor apa untuk dibuka, bila dan juga sehingga bila mereka akan dibenarkan dibuka.

Untuk tujuan ini, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak akan membuat keputusan selepas mengkaji perubahan peraturan di bawah akta 342 selepas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

MKN Benarkan Taska Dibuka

Hari ini, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan bahawa Taska akan dibuka mulai hari Isnin dan turut mengeluarkan SOP pembukaan semula ekonomi terhadap sektor tersebut.

S.O.P PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI

SEKTOR PENJAGAAN SOSIAL

Maklumat berkenaan S.O.P boleh dapatkan di Telegram Rasmi MKN https://t.co/akhTz5g3in pic.twitter.com/36rtyYAaLp

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) May 2, 2020

Perjalanan Antara Negeri Dibenarkan Pada 7-10 Mei 2020

Selain dari itu, Menteri Kanan Kluster Keselamatan turut memaklumkan bahawa perjalanan antara negeri akan dibenarkan pada 7 sehingga 10 Mei 2020. Difahamkan polis akan mengeluarkan jadual perjalanan pulang dari kampung ke bandar beserta syarat dan SOP.

ADVERTISEMENT

TERKINI :

Pergerakan pulang mereka yang terkandas di Kampung akan dibenarkan bermula 7 Mei ini.

Polis @PDRMsia terima lebih 500 ribu permohonan.

Polis akan keluar jadual perjalanan pulang dari kampung ke bandar dan syarat serta SOP: Ismail Sabri-Menteri Kanan

— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) May 2, 2020

Berita lanjut mengenai PKP di Sarawak akan menyusul..

Baca Juga Artikel Lain :

SUMBER : Utusan Borneo
Share130803Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy