fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Antiviral Remdesivir Dilapor Gagal Ujian Klinikal Pertama Terhadap Manusia

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
25 April 2020
Antiviral Remdesivir Dilapor Gagal Ujian Klinikal Pertama Terhadap Manusia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Misi Mencari Rawatan Tepat Berdepan Waktu Sukar.

Antiviral Remdesivir Dilapor Gagal Ujian Klinikal Pertama Terhadap Manusia. Rawatan menggunakan sejenis ubat yang dinamakan Remdesivir dilaporkan telah gagal dalam ujian klinikal pertama terhadap manusia. Keputusan tersebut telah dikeluarkan pada hari Selasa, memungkinkan usaha pencarian rawatan tepat pandemik ini berdepan waktu sukar.

Ringkasan keputusan tersebut telah disiarkan di laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Namun, ia kemudiannya dipadam dari laman tersebut.

Antiviral Remdesivir Dilapor Gagal Ujian Klinikal Pertama Terhadap Manusia
Kredit : NBC News

Percubaan China ke atas remdesivir yang dibangunkan oleh syarikat Gilead Sciences dari California mendapati bahawa ia tidak memberi sebarang kesan terhadap pesakit mahu pun mengurangkan jumlah patogen dalam darah. Percubaan pertama tersebut membabitkan 237 pesakit dan seramai 158 orang diberikan ubat antiviral tersebut. Perkembangan pesakit tersebut dibandingkan dengan baki pesakit yang tidak diberikan remdesivir.

ADVERTISEMENT

Tambahan, ubat antiviral tersebut juga didapati menunjukkan kesan sampingan dengan sejumlah 18 pesakit diberhentikan pemberian ubat tersebut.

Antiviral Remdesivir Dilapor Gagal Ujian Klinikal Pertama Terhadap Manusia
Antiviral Remdesivir Dilapor Gagal Ujian Klinikal Pertama Terhadap Manusia

Muat Naik Keputusan Tersebut Adalah Satu Kesilapan

Walau bagaimanapun, WHO mengakui muat naik ringkasan tersebut adalah suatu kesilapan kerana ia masih menjalani ‘peer review‘. WHO juga mengakui bahawa mereka meminta ringkasan perkembangan percubaan tersebut daripada pihak penyelidik dan tidak sengaja menyiarkannya di laman sesawang.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Antiviral Remdesivir Dilapor Gagal Ujian Klinikal Pertama Terhadap Manusia

Jurucakap Gilead pula memberitahu bahawa percubaan tersebut ditamatkan kerana jumlah penyertaan yang sedikit yang menunjukkan data statistik yang tidak bermakna. Maka, keputusan yang diperolehi juga tidak konklusif.

Stephen Evans, profesor pharmacoepidemiology di London School of Hygiene & Tropical Medicine yang tidak terlibat dalam percubaan tersebut menjelaskan bahawa jumlah tersebut adalah sangat sedikit untuk mengesan sama ada ubat tersebut berjaya atau tidak.

ADVERTISEMENT

Remdesivir merupakan sejenis ubat yang bertindak secara langsung dengan virus. Walau bagaimanapun, ia sebelum ini gagal dalam percubaan merawat Ebola. Dua ubat lain yang kini turut menjalani ujian ialah ubat anti-malaria, hydroxychloroquine dan chloroquine. Selain itu, rawatan plasma turut dijadikan sebagai rawatan alternatif sementara menunggu vaksin dihasilkan.

ADVERTISEMENT
Share1277Tweet599SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy