fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Baca 5 Kelebihan Siaran TV Digital yang Perlu Anda Tahu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 Oktober 2019
Baca 5 Kelebihan Siaran TV Digital yang Perlu Anda Tahu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Best Gilak kah Siaran TV Digital Tok?

Baca 5 Kelebihan Siaran TV Digital yang Perlu Anda Tahu. Memandangkan siaran TV analog bakal ditamatkan pada 30 Oktober 2019 di Sabah dan Sarawak sekaligus di seluruh Malaysia, berikut kami senaraikan mengapa anda perlu bertukar ke siaran TV digital.

Bagi yang masih ketinggalan, baca ini dulu : Dah Beli Dekoder Belum? Siaran TV Analog Sabah Sarawak Ditamatkan Hujung Oktober Ini

ADVERTISEMENT

1. Isyarat Lebih Kukuh dan Jelas

Baca 5 Kelebihan Siaran TV Digital yang Perlu Anda Tahu

Sistem siaran TV analog yang kita guna selama ini memerlukan kita untuk memasang aerial di luar rumah secara terus bagi mendapatkan siaran televisyen. Itu pun kadang-kadang siarannya tidak begitu jelas dan anda perlu mengubah kedudukannya untuk mendapatkan signal yang lebih jelas. Dengan adanya siaran TV Digital, anda tidak perlu lagi risau tentang aerial kerana tambahan dekoder akan melengkapkan siaran secara seamless di kaca TV anda.

2. Gambar dan Audio Lebih Berkualiti

Baca 5 Kelebihan Siaran TV Digital yang Perlu Anda Tahu

Siaran TV Digital ini juga membolehkan anda menikmati kualiti gambar dan audio yang lebih jelas berbanding siaran TV analog. Tiada lagi gangguan “cacing” di TV anda. Dah signal nya kuat, mestilah kacak gik kualitinya.

ArtikelBerkaitan

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021

3. Siaran Boleh Ditonton Secara HD

Baca 5 Kelebihan Siaran TV Digital yang Perlu Anda Tahu
Kredit : soyacincau.com

Jika anda mempunyai televisyen yang mempunyai port HDMI, anda boleh menonton siaran TV digital ini secara HD! Siaran TV analog hanya menyokong siaran definisi biasa. Jadi, mana satu yang lebih anda bagus? HD atau definisi biasa? Anda pilih.

ADVERTISEMENT

4. Boleh Record dan Tonton Rancangan Secara Online

Baca 5 Kelebihan Siaran TV Digital yang Perlu Anda Tahu
Kredit : Iluminasi

Ini feature yang kami rasa paling gempak sekali iaitu record dan tonton online. Kalau sebelum ini, nak tengok rancangan pun kena set reminder takut terlepas. Kalau terlepas, susah nak jumpa ulangannya. Tapi dengan adanya siaran TV digital, anda boleh merekod rancangan pilihan anda untuk tontonan masa terluang anda. Selain itu juga, siaran TV digital membolehkan anda untuk menonton rancangan kegemaran anda secara online.

5. Pilihan Saluran yang Lebih Banyak

Berbeza denga siaran TV analog, hanya tujuh saluran sahaja dapat ditonton secara percuma. Itu pun kalau dapat ketujuh-tujuh siaran dengan gambar yang bagus. Tapi dengan adanya siaran TV digital, anda dapat menikmati pilihan saluran yang lebih banyak dan pelbagai. Yang paling penting, FREE!

ADVERTISEMENT

Siapa yang dah bertukar ke siaran TV digital? Apa pendapat anda? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen serta jangan lupa untuk like dan share post ini.

Share536Tweet41SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy