fbpx
Cerita Borneo

Berikut Adalah Jadual Lengkap Bas Hidrogen Di Kuching

Berikut Adalah Jadual Lengkap Bas Hidrogen Di Kuching. Penduduk Sarawak dan pelancong kini boleh menikmati untuk menggunakan perkhidmatan bas hidrogen yang telah beroperasi beberapa hari yang lepas. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa laluan untuk perkhidmatan bas hidrogen telah disemak dan ditambak baik. Berikut adalah laluan terkini berdasarkan laluan-laluan yang disemak.

Berikut Adalah Jadual Lengkap Bas Hidrogen Di Kuching
Berikut Adalah Jadual Lengkap Bas Hidrogen Di Kuching

City Route (7AM – 6:30PM)

Perhentian bas untuk City Route adalah:

  • Riverside Majestic Hotel (permulaan dan perhentian)
  • Bishopgate
  • Kompleks Muzium Sarawak
  • Wisma Satok
  • Bangunan Al-Idrus di Jalan Satok
  • Jambatan Satok
  • Kompleks Kubah Ria di Petra Jaya
  • Rumah Epem
  • Tun Openg Resource Centre di Bandarshah
  • Masjid Darul Ihsan
  • Jalan Kulas
  • Arif Hotel di Jalan Haji Taha
  • Waterfront Square Tower di Main Bazaar
  • Chinese Museum
  • White Barouk
  • KMC Flats
  • Choon Hui
Berikut Adalah Jadual Lengkap Bas Hidrogen Di Kuching
Laluan City Route dan perhentiannya

Damai Route (9AM – 6:30PM) – Hanya Beroperasi Pada Hari Sabtu Dan Ahad

Laluan Damai Route akan beroperasi hanya untuk setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Waktu operasi akan mulai pad apukul 9 pagi sehingga 6:30 petang dan perjalanan bas berupa tanpa henti sepanjang perjalanan ke Damai Central di Santubong.

Masa Berlepas Dan Ketibaan Bas Hidrogen Sarawak (Kuching)

Perjalanan pertama akan bermula di:

  • Perhentian bas Riverside Majestic Hotel (9AM)
  • Dijangka sampai ke destinasi pada pukul 10:30AM
  • Perjalanan balik ke bandaraya Kuching dari Damai Central bermula pada pukul 11AM
  • Dijangka sampai bandaraya pada pukul 12:30PM

Perjalanan kedua ke Damai Central bermula di:

  • Perhentian bas Riverside Majestic Hotel (2PM)
  • Dijangkai sampai destinasi pada pukul 3:30PM
  • Perjalanan balik ke bandaraya Kuching dari Damai Central bermula pada pukul 5PM
  • Dijangka sampai bandaraya pada pukul 6:30PM

Perkhidmatan Percuma

Perkhidmatan bas hidrogen yang disediakan adalah percuma dan penumpang digalakkan untuk menggunakan aplikasi “H2 Sarawak” untuk kemudahan perjalanan mereka.

Selamat berjalan, geng!

Kredit : Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close