fbpx
Cerita Borneo

Berjaya Mendapat Pekerjaan Sebulan Selepas Konvo, Lelaki Ini Berkongsi Tips Untuk Penganggur

Siap ada rutin menggambarkan usaha beliau

Berjaya Mendapat Pekerjaan Sebulan Selepas Konvo, Lelaki Ini Berkongsi Tips Untuk Penganggur. Bagi bekas pelajar IPT yang masih belum bekerja, memang fahamlah masing-masing rasa frust sebab peluang pekerjaan susah nak dapat, lagi-lagi zaman ini memang susah nak dapatkan kerja.

Tetapi untuk lelaki ini yang baru sahaja konvo bulan Julai lalu, beliau berjaya mendapat pekerjaan 15 minit selepas temu bual. Jadi, bagaimana beliau lakukannya?

Berjaya Mendapat Pekerjaan Sebulan Selepas Konvo, Lelaki Ini Berkongsi Tips Untuk Penganggur

Antara usaha beliau ialah memohon 5 jenis pekerjaan SETIAP HARI!

Keywai berkongsi menerusi Twitter tentang pengalaman beliau dalam usaha mencari kerja. Ciapan beliau kini mempunyai 2.7k ulang kicau.

Menurut beliau, beliau mencari kerja selama sebulan semenjak menerima ijazahnya bulan Julai lalu.

Dari 4 temu bual kerja, 2 menolak beliau, 1 tiada respon manakala 1 lagi menerima beliau 15 minit selepas temu bual.

Berdasarkan perkongsian beliau, berikut adalah rutin Keywai selama sebulan menganggur:

  • Mohon sekurang-kurangnya 5 pekerjaan di Jobstreet atau Jora SETIAP HARI
  • Kemaskini LinkedIn anda
  • Mengkaji semula resume dengan pakar
  • Memperbaiki keyakinan bertutur dalam Bahasa Inggeris
  • Jangan kedekut kongsi iklan jawatan kosong yang anda mohon kepada kawan lain

Keywai juga kongsi tip untuk temu bual mohon kerja.

  • Biasakan diri dengan soalan-soalan biasanya ditanya (perkenalan diri/kenapa anda harus diberi kerja tersebut/dll.)
  • Datang 30 minit awal ke tempat temu bual
  • Guna pakaian yang betul
  • Susun dokumen sokongan anda dalam fail
  • Sentiasa bawa gambar pasport
  • Sediakan soalan untuk ditanya
  • Jika anda mempunyai cadangan lain, cadangkan sahaja (gambar berikut adalah contoh-contoh soalan bagus anda boleh tanya selepas temu bual)
7 soalan bagus anda boleh tanya selepas temu bual. Kredit: Twitter

Pastikan resume anda jujur dan berfokus

Anda boleh juga rujuk kepada tips berikut untuk membuat resume yang padu:

Tip untuk buat resume anda. Kredit: Twitter

Tak pernah cuba pakai LinkedIn?

Bagi mereka yang belum cuba guna LinkedIn atau pertama kali dengar perkataan itu, LinkedIn adalah sebuah perkhidmatan talian yang digunakan terutamanya untuk rangkaian profesional, termasuk majikan yang mencari pekerja dan pencari kerja untuk kongsi CV/resume mereka.

LinkedIn adalah sebuah perkhidmatan talian berfokus kepada networking.

Untuk zaman ini, ia amat penting untuk sekurang-kurangnya menggunakan kemudahan ini. Anda boleh memuat turun aplikasi ini menerusi Google Play untuk Android atau Apple Store untuk iOS. Tetapi biasanya, app LinkedIn sudah sedia ada dalam telefon pintar. LinkedIn juga boleh diakses melalui web.

Aplikasi LinkedIn

Berikut adalah strategi networking anda boleh guna untuk kemudahan anda.

Kredit: Twitter

Sekiranya anda mempunyai resume tetapi tidak yakin ia cukup kuat untuk meyakinkan bakal majikan, anda boleh menggunakan perkhidmatan dari laman web berikut – mereka boleh menyemak resume anda secara percuma.

  1. www.resumeworded.com
  2. www.enhancv.com
  3. www.zipbot.com
  4. www.rezscore.com
  5. www.skillsroad.com

Bagi penganggur di luar sana, jangan berputus asa. Akan datang harinya kelak anda akan dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda. Semoga urusan anda semua dipermudahkan dan selamat mencuba!

You Got This Do It GIF by SanyaMalhotra
Kredit: Giphy

Lagi di sini:

Artikel Berkaitan

Back to top button