fbpx
Cerita Borneo

Bermula RM 10, Anda Boleh Bantu Haiwan Di Miri Crocodile Farm Untuk Terus Hidup

Bantu Haiwan-Haiwan Ini, Gais.

Bermula RM 10, Anda Boleh Bantu Haiwan Di Miri Crocodile Farm Untuk Terus Hidup. Semenjak PKP mula dilaksanakan, pelbagai jenis operasi terpaksa ditutup sementara bagi mengelakkan pandemik ini meningkat dengan mendadak. Begitu juga dengan sebuah pusat pelancongan yang menjadi ‘trademark’ selama lebih kurang 20 tahun di Bandaraya Miri iaitu Miri Crocodile Farm.

Untuk pengetahuan anda, Miri Crocodile Farm mempunyai sebanyak 1,000 ekor buaya dewasa. Bukan itu sahaja, taman ini juga menempatkan pelbagai spesis haiwan yang ‘rare’ yang lain seperti monyet, burung merak, kuda, burung kenyalang dan sebagainya. Anda juga boleh menonton pertunjukan buaya makan, menunggang ‘pony’ serta bergambar secara eksklusif bersama ular sawa Golden Phyton serta Baby Crocodile.

Memandangkan Miri Crocodile Farm terpaksa menutup operasinya sepanjang PKP, mata pencarian utama untuk sumber makanan haiwan di sana juga turut terjejas. Oleh yang demikian, pihak zoo ini mengambil inisiatif untuk melancarkan program Help The Animals bagi menampung keperluan makanan dan kesihatan mereka.

Bermula RM 10, Anda Boleh Bantu Haiwan Di Miri Crocodile Farm Untuk Terus Hidup
Bermula RM 10, Anda Boleh Bantu Haiwan Di Miri Crocodile Farm Untuk Terus Hidup

Bagaimana Anda Boleh Membantu Haiwan Ini?

Mudah sahaja ya. Dengan bantuan bermula RM 10, anda telah memberi harapan baru untuk haiwan-haiwan ini kekal sihat dan menjalani hidup dengan tenang di Miri Crocodile Farm ini. Walau pun sedikit muram tanpa kehadiran anda di sana, sekurang-kurangnya kita sama-sama membantu dari jauh.

Terdapat 6 pakej bantuan yang boleh anda hulurkan iaitu;

  1. Pakej RM 10
  2. Pakej RM 30
  3. Pakej RM 50
  4. Pakej RM 100
  5. Pakej RM 200
  6. Pakej RM 500

Jangan risau, setiap pakej akan diberikan e-certificate sebagai bukti penyertaan anda. Bagi pakej RM 30 dan ke atas, anda layak mendapatkan tiket masuk sehingga 20 keping secara percuma ke Miri Crocodile Farm. Bukan itu sahaja, anda akan turut menerima tiket percuma komplimentari kanak-kanak beserta penghargaan di laman Facebook mereka. Wow!

Bermula RM 10, Anda Boleh Bantu Haiwan Di Miri Crocodile Farm Untuk Terus Hidup
Bermula RM 10, Anda Boleh Bantu Haiwan Di Miri Crocodile Farm Untuk Terus Hidup

E-Certificate Berdasarkan Haiwan Kesukaan Anda

Anda boleh membuat pilihan untuk menderma kepada mana-mana haiwan kesukaan anda. Contohnya seperti burung kenyalang, buaya, merak, landak dan pelbagai haiwan yang lain. E-certificate yang diperoleh juga adalah berdasarkan kepada haiwan yang anda bantu.

Walau pun sumbangan anda kepada haiwan ini tidak semegah mana, namun ia nya adalah sesuatu yang amat besar buat mereka.

Jom kita selamatkan haiwan-haiwan ini sekarang melalui pautan ini :

Miri Crocodile Farm Help The Animal

Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial mereka :

Facebook : Miri Crocodile Farm

Bukan itu sahaja, Zoo Negara juga turut melancarkan inisiatif ‘Haiwan Angkat’ bagi membantu haiwan-haiwan di zoo terbabit untuk terus mendapat bekalan makanan dan rawatan kesihatan yang sepatutnya. Baca selanjutnya di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button