fbpx
Cerita Borneo

BMW ‘Cedera Parah’, Trailer Bawa Kereta Mewah Kemalangan Di Jalan Pan Borneo

Gambar Kejadian Tular Di Laman Facebook

BMW ‘Cedera Parah’, Trailer Bawa Kereta Mewah Kemalangan Di Jalan Pan Borneo. Berdasarkan satu perkongsian di Laman Facebook sebentar tadi, sebuah trailer dikatakan mengalami kemalangan di Jalan Pan Borneo. Lokasi sebenar kemalangan masih belum dikenal pasti setakat ini, namun ada yang menyatakan ianya berlaku di Pakan Simpang Skimbi Sarikei

BMW 'Cedera Parah', Trailer Bawa Kereta Mewah Kemalangan Di Jalan Pan Borneo
BMW ‘Cedera Parah’, Trailer Bawa Kereta Mewah Kemalangan Di Jalan Pan Borneo

Koleksi gambar dan video yang dimuatnaik oleh pengguna facebook yang bernama Wei Lau tersebut nyata mengejutkan netizen, apatah lagi apabila melihat deretan kereta mewah rosak akibat kemalangan tersebut.

BMW 'Cedera Parah', Trailer Bawa Kereta Mewah Kemalangan Di Jalan Pan Borneo
Kredit : Wei Lau

Perkongsian tersebut juga tular, dengan setakat ini ianya telah mendapat lebih dari 150 perkongsian. Netizen juga mula bertanyakan apakah nasib pemilik pemilik tersebut, tidak kurang juga yang menyatakan kesemua kenderaan yang terlibat sepatutnya mempunyai insurans dan sebagainya. Ada juga yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap kondisi jalan tersebut, dan berharap agar kemalangan ini dapat membuka mata pihak berkuasa.

Hati Hati Di Jalan Raya, Terutamanya Di Jalan Pan Borneo Yang Masih Belum Siap Sepenuhnya

Sekiranya anda perlu memandu dengan menggunakan Jalan Pan Borneo, kami sarankan anda untuk lebih berhati hati. Kemalangan ini bukanlah yang pertama, malah banyak lagi yang terjadi sebelum ini. Bersabarlah sementara Jalan Pan Borneo dibina dan dinaik taraf untuk kesenangan kita di masa hadapan.

Artikel Berkaitan

Back to top button