fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
10 September 2020
Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

Sehingga kini, para pelajar tersebut trauma untuk ke sekolah kerana perlu menaiki bot.

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah. Tatkala kebanyakan pelajar di Malaysia mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya yang baik untuk ke sekolah, para pelajar di Telupid, Sabah pula menghadapi situasi yang sebaliknya.

Sekumpulan pelajar yang sedang dalam perjalanan ke sekolah menghadapi detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka tiba-tiba karam dan ditenggelami air.

Bot yang dinaiki seramai 20 orang pelajar tersebut sedang dalam perjalanan dari Kampung Tembidong-Bidong ke Sekolah Kebangsaan Perancangan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah
Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah.
Sumber foto : Astro Awani

Tiba-tiba dinaiki air, pelajar tidak pandai berenang

Semasa waktu kejadian iaitu sekitar jam 6.30 pagi, bot tersebut dikatakan tiba-tiba dinaiki air ketika sedang berlayar di Sungai Labuk untuk ke sekolah.

Namun, malang tidak berbau, bot yang dinaiki pelajar yang berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun itu tiba-tiba dinaiki air. Lebih mencemaskan, sebahagian besar daripada mereka tidak memiliki kemahiran berenang menjadikan situasi semakin buruk dan huru-hara.

Seorang pelajar, Siti Nurashurah Alin Zurani, berkata dia duduk di bahagian hadapan bot semasa kejadian. Dia bernasib baik kerana pandai berenang apabila bot tersebut karam dan sempat berpaut pada bot yang hampir hanyut itu selama 5 minit sebelum ada pihak lain yang datang menyelamatkan mereka.

Kesemua barangan mereka seperti beg telah hanyut, namun ada juga yang ditemui semula.

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah
Sumber foto : Astro Awani

Pelajar takut untuk ke sekolah selepas kejadian karam

Sementara itu, bapa kepada dua orang pelajar yang terlibat insiden itu berkata bahawa anaknya masih trauma dan takut untuk ke sekolah ekoran peristiwa hitam itu.

Sewaktu kejadian, bapa pelajar tersebut mendengar teriakan para pelajar tersebut dari arah sungai memandangkan rumah mereka tidak jauh dari situ.

Pihak keluarga serta saudara mara sempat menyelamatkan para pelajar yang hampir lemas di sungai akibat kejadian tersebut.

Detik menakutkan apabila kaki pelajar tersangkut pada pukat

Seorang individu yang menyelamatkan pelajar tersebut, Hamzah Sahi menceritakan momen menakutkan semasa kejadian tersebut apabila seorang pelajar tersangkut kakinya pada pukat manakala seorang lagi sudah tercungap-cungap hampir lemas.

Bot Tiba-Tiba Karam, Sekumpulan Pelajar Di Telupid Sabah Hampir Lemas Semasa Ke Sekolah
Sumber foto : Astro Awani

Hamzah hendak pulang ke kampung terserempak dengan kapal karam tersebut lalu bertindak pantas menyelamatkan para pelajar yang telah hanyut jauh terlebih dahulu. Para pelajar tersebut kemudian disuruh untuk berpaut pada botnya sementara dia menyelamatkan beberapa pelajar yang lain.

Semua pelajar terbabit berjaya diselamatkan.

Hanya jalan air sahaja pilihan yang ada untuk ke sekolah

Para pelajar terbabit yang berasal dari Kampung Tembidong-Bidong, Telupid hanya menggunakan akses jalan air iaitu perahu sebagai pengangkutan utama ke sekolah. Ini disebabkan tiada pengangkutan darat yang menghubungkan mereka ke sekolah tersebut.

Sejak kejadian, kesemua mangsa dikatakan masih takut dan trauma untuk ke sekolah.

Semoga kejadian ini membuka mata pihak berkuasa untuk memperbaiki keperluan asas seperti jambatan atau jalan raya untuk memudahkan perjalanan anak-anak ke sekolah.

Baca juga :

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy