fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Buaya 4.7 Meter Baham Budak 14 Tahun Di Sarawak Berjaya Ditumpas, Bedah Siasat Temui Baju Mangsa

iloveborneo Oleh iloveborneo
31 Julai 2020
Buaya 4.7 Meter Baham Budak 14 Tahun Di Sarawak Berjaya Ditumpas, Bedah Siasat Temui Baju Mangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Buaya tersebut sepanjang lebih kurang 4.7 meter dan 1.7 meter lebar

Buaya 4.7 Meter Baham Budak 14 Tahun Di Sarawak Berjaya Ditumpas, Bedah Siasat Temui Baju Mangsa. Seekor  buaya yang dipercayai telah menyerang seorang remaja lelaki yang sedang mencari siput di sungai Batang Belawai, dekat sini ditangkap oleh Unit Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC), awal pagi tadi.

Buaya yang ditangkap tersebut telah dibedah siasat bagi mendapatkan bukti dan hasilnya telah berjaya menemui beberapa anggota badan manusia.

Buaya 4.7 Meter Baham Budak 14 Tahun Di Sarawak Berjaya Ditumpas, Bedah Siasat Temui Baju Mangsa
Buaya 4.7 Meter Baham Budak 14 Tahun Di Sarawak Berjaya Ditumpas, Bedah Siasat Temui Baju Mangsa

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, mereka juga menemui baju mangsa di dalam perut buaya tersebut.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Hasil penemuan tersebut juga telah diserahkan kepada pihak pilis untuk tindakkan selanjutnya, katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Difahamkan juga buaya tersebut telah berjaya ditangkap pada sekitar jam 9 pagi tadi, yang juga merupakan hari ke 6 operasi SAR dilancarkan bagi mencari mangsa.

Mangsa yang bernama RIcky Ganya berumur 14 tahun dilaporkan telah disambar buaya ketika sedang mencari siput di sungai tersebut bersama dua orang rakan sebaya beliau.

Dikatakan mangsa telah berusaha untuk menyelamatkan diri dengan berpaut pada akar bakau yang berada berhampiran dengan dirinya namun tidak berjaya bertahan lama.

Operasi SAR yang dilancarkan ini adalah hasil kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan juga penduduk kampung.

Baca juga artikel lain :

Share467Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy