Ada yang mengatakan harga selepas sale lebih mahal dari pasaraya yang lain
Clearance Sale Indah Khabar Dari Rupa, Netizen Kecam Pasaraya Terkemuka. Baru baru ini kita dimaklumkan mengenai sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia akan menutup cawangan cawangan mereka di Sabah & Sarawak. Dalam proses penutupan ini, mereka telah mengadakan beberapa siri clearance sale yang pada mulanya disambut baik oleh warga Kuching dan menyebabkan salah satu cawangan mereka diserbu pada hari pertama clearance sale tersebut.

Walau Bagaimanapun, Clearance Sale Hari Kedua Mereka Dikecam Teruk Netizen
Semalam, sebuah lagi cawangan mereka turut mengadakan clearance sale yang dikatakan menawarkan potongan harga sehingga 25%. Akan tetapi, kebanyakan pengunjung menyelar clearance sale tersebut kerana mereka dapati sesetengah barang seumpama di ‘markup’ harganya dan kemudiaanya diberi potongan harga.

Clearance Sale hanya utamakan jenama sendiri

Tawaran clearance sale yang diwar-warkan sebenarnya lebih mengarah kepada produk yang merupakan jenama dari pasaraya tersebut kerana produk lain seperti bahan segar dan makanan hanya diberi tawaran 5% diskaun.

Peratus Diskaun Tidak Bererti Harganya Lebih Murah
Rata rata pengunjung yang pergi ke clearance sale tersebut mengkritik harga yang ditawarkan, terutamanya walaupun telah diberi diskaun ianya lebih mahal dari tempat lain. Peratus diskaun yang ditawarkan juga dikatakan tidak menjadikan harga kebanyakan produk lebih murah dari pasaraya yang lain.
Ada juga pengunjung yang menyatakan hanya barang elektrik yang berbaloi untuk dibeli, jika anda mempunyai wang tunai, namun kebanyakan barangan elektrik telah habis sebaik sahaja pasaraya tersebut dibuka.
Apa apa pun, jika anda berhajat untuk membeli belah di mana mana tempat yang menyatakan ada clearance sale mungkin anda perlu mengkaji terlebih dahulu tawaran tawaran tersebut. Tidak mustahil ianya hanya satu gimik marketing yang sebenarnya hanya membuatkan pengunjung gigit jari.