fbpx
Cerita Borneo

COVID-19 : 318 Warga Sarawak Yang Kembali Ke Negeri Dikuarantin Di Tiga Bahagian

Dikuarantin di tiga bahagian iaitu Kuching, Miri dan Limbang

COVID-19 : 318 Warga Sarawak Yang Kembali Ke Negeri Dikuarantin Di Tiga Bahagian. Sejumlah 318 rakyat Sarawak yang baru pulang dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan kini dikuarantin di tiga bahagian berkenaan. Daripada jumlah itu, 173 ditempatkan di dua hotel di Kuching, 132 di tiga hotel di Miri, manakala 13 di sebuah hotel di Limbang.

COVID-19 : 318 Warga Sarawak Yang Kembali Ke Negeri Dikuarantin Di Tiga Bahagian
COVID-19 : 318 Warga Sarawak Yang Kembali Ke Negeri Dikuarantin Di Tiga Bahagian

Dikuarantin sebagai Individu Dalam Pemantauan (PUS)

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika dalam sidang media harian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Wisma Bapa Malaysia semalam, kesemua 318 orang ini dikuarantin sebagai Individu Dalam Pemantauan (PUS).

Beliau mengulas lagi mengenai keadaan keselamatan di Sarawak dimana ia kini berada dalam keadaan trkawal dengan kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada pada tahap 96.5%.

Operasi nyahcemar COVID-19 dilaksanakan

Beliau tambah lagi agensi-agensi yang terlibat dengan operasi PKP masih melaksanakan kawalan dan pemantauan di negeri ini serta melakukan operasi nyahcemar Covid-19.

Semalam, Sarawak telah mencatatkan 18 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini 306 kes. Daripada jumlah itu, 24 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak, tiga kes di Hospital Sibu manakala satu lagi kes dirawat di Hospital Miri.

COVID-19 uji tadbir urus, kepakaran universiti | Komentar | Berita ...
Operasi PKP masih melaksanakan kawalan dan pemantauan di negeri ini serta melakukan operasi nyahcemar Covid-19.

Artikel Berkaitan

Back to top button