fbpx
Cerita Borneo

COVID19 : 32 Kes Positif COVID19 Di Sarawak, Kes Di Kuching Melebihi 100 Kes Positif Keseluruhan

Statistik terbaru ini dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

COVID19 : 32 Kes Positif COVID19 Di Sarawak, Kes Di Kuching Melebih 100 Kes Positif Keseluruhan. Sarawak hari ini mencatatkan pertambahan 32 kes positif COVID19 menjadikan bilangan keseluruhan kes COVID19 di Sarawak kepada 188 kes setakat ini sejak kes positif yang pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. Kesemua kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak.

COVID19 : 32 Kes Positif COVID19 Di Sarawak, Kes Di Kuching Melebihi 100 Kes Positif Keseluruhan
COVID19 : 32 Kes Positif COVID19 Di Sarawak, Kes Di Kuching Melebihi 100 Kes Positif Keseluruhan

31 orang daripada kes positif terbaru adalah dari Kuching dan 1 lagi adalah dari Kota Samarahan. Kebanyakan kes positif yang dilaporkan hari ini adalah terdiri daripada mereka yang telah membuat saringan di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching. Sejak dibuka 21 Mac yang lalu, seramai 2228 orang telah hadir ke pusat tersebut dengan 1160 sampel telah diambil. 49 kes adalah positif,771 adalah negatif dan 340 pula masih menunggu laporan makmal.

Orang ramai yang mempunyai kontak rapak kepada mana mana kes positif disarankan untuk membuat saringan dengan kadar yang segera agar pesakit dapat dikesan. Ini juga amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan ini daripada terus membiak.

66 Orang Person Under Investigation Yang Baru

Sarawak turut mencatatkan 66 kes baru person under investigation menjadikan angka keseluruhan PUI kepada 1288 kes. Dari jumlah ini, 1045 kes adalah negatif dan 55 kes PUI masih lagi menunggu keputusan makmal. Difahamkan juga, sehingga kini Sarawak telah merekodkan 8 kematian sejak kes pertama dilaporkan pda 17 Mac 2020 dan 14 kes juga telah discaj dari hospital.

Artikel Berkaitan

Back to top button