Trend COVID19 mula menunjukkan bacaan mendatar di Sarawak
COVID19 : 4 Lagi Kes Positif COVID19 Di Sarawak, PKP Mula Tunjukkan Impak Positif. Menerusi sidang media yang diadakan oleh Ketua Menteri Sarawak sebentar tadi, 4 lagi kes positif COVID19 dicatatkan di Sarawak hari ini iaitu jumlah yang sama dicatatkan semalam.

Ikuti Arahan Perintah Kawalan Pergerakan
Ketua Menteri Sarawak turut menyeru semua rakyat Sarawak untuk bersabar dan mengikut arahan kawalan pergerakan. Beliau turut menerangkan sekiranya kita patuh pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan, kemungkinan untuk pertambahan kes baru akan menurun lagi. Akhir sekali, sememangnya menjadi objektif Kerajaan Sarawak untuk menurunkan kes kepada 0.
2 lagi sub commitee baru ditubuhkan
Ketua Menteri Sarawak turut menubuhkan 2 lagi sub-commitee khas bagi membantu rakyat Sarawak. 2 sub-commitee tersebut akan diketuai oleh Timbalan timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan juga Tan Sri James Masing. Kerajaan Sarawak juga sedang melihat secara mendalam tentang impak COVID19 terhadap ekonomi Sarawak dan sentiasa mencari jalan bagi menyelesaikan masalah masalah tersebut.