fbpx
Cerita Borneo

DG Hisham : Kuching Telah Menjadi Zon Merah

Pray for Kuching.

DG Hisham : Kuching Telah Menjadi Zon Merah. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah petang tadi telah memaklumkan bahawa bahagian Kuching kini telah bertukar ke status merah.

Melalui kiriman Facebook DG Hisham, status Kuching hari ini bertukar merah apabila jumlah kes penularan tempatan telah mencatat angka 41 kes.

DG Hisham : Kuching Telah Menjadi Zon Merah
DG Hisham : Kuching Telah Menjadi Zon Merah

Dalam masa yang sama, terdapat 4 kes baharu dalam Kluster Sentosa menjadikan kluster tersebut sebagai kluster terbesar di Sarawak setakat ini dengan jumlah keseluruhan 20 kes.

677 kontak rapat disaring, 657 individu masih menunggu keputusan makmal

Sehingga kini, terdapat 677 individu telah disaring dan seramai 657 daripada mereka masih menunggu keputusan makmal.

Setakat artikel ini ditulis, pihak Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak masih belum mengeluarkan sebarang pengumuman berkenaan pertukaran status tersebut.

Jelasnya, kenyataan rasmi akan dikeluarkan sebentar lagi. Maklumat lanjut akan menyusul.

DG Hisham : Kuching Telah Menjadi Zon Merah

Pihak KKM juga ingin terus menasihatkan orang ramai agar kekal mematuhi SOP dan saranan kesihatan yang ditekankan. Elakkan 3C, tempat sesak (crowded), kawasan sempit (confined space) dan elak sembang pada jarak dekat (close conversation).

Baca juga perkembangan kes di Sarawak pada hari ini :

Sumber
FB Noor Hisham Abdullah

Artikel Berkaitan

Back to top button