fbpx
Cerita Borneo

Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services, Laporkan Majikan Anda

Kementerian Sumber Manusia Telah Mengemaskinikan FAQ Perkara Tersebut

Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services, Laporkan Majikan Anda. Hari ini, masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, di mana rakyat Malaysia diminta untuk hanya duduk di rumah dan keluar jika ada urusan mustahak. Namun begitu, masih ada juga sesetengah majikan yang ingkar di mana walaupun mereka bukan pembekal perkhidmatan perlu, mereka masih meneruskan operasi di pejabat atau kilang seperti biasa. Bagi mereka yang boleh bekerja dari mula pula dibenarkan dan boleh dijalankan dari rumah.

Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services? Laporkan Majikan Anda
Dipaksa Turun Kerja Walaupun Bukan Essentials Services, Laporkan Majikan Anda

Majikan Berkewajipan Membayar Gaji Pekerja Sehingga 31 Mac 2020

Menurut FAQ tersebut juga, majikan wajib membayar gaji penuh sehinggi 31 Mac 2020. Pekerja bergaji harian perlulah dibayar mengikut kadar upahan yang telah dipersetujui di antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran/kontrak perkhidmatan/surat kenaikan gaji terkini. Untuk pekerja yang mana upahnya tidak tetap maka kadar hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum seperti dalam perintah gaji minimun 2020.

Kilang yang berada dalam senarai perkhidmatan perlu, wajib mengambil langkah langkah berikut

  1. Majikan mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau sekurang kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa
  2. Majikan memastikan pergerakan terhad pekerja terbabit
  3. Majikan menyediakan alat saringan suhu badan, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja setiap hari
  4. Pekerja hendaklah mematuhi prosedur pencegahan COVID19 yang telah ditetapkan KKM yang dikeluarkan dari masa ke semasa
  5. Majikan hendaklah menyediakan hand sanitizer
  6. Majikan melaksanakan proses sanitasi dan pembersihan perlu.
  7. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalam terbaik social distancing disediakan dan dilaksanakan.

Kesalahan Jenayah Jika Ingat Perintah Kawalan Pergerakan

Bagi majikan yang ingkar, ia adalah satu kesalahan jenayah di bawah peraturan 7, peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit(langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Anda Boleh Laporkan Majikan Yang Ingkar Ke :

Bilik Gerakan Pemantauan Pekerja COVID-19 KSM
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5 Blok D3 Kompleks D
Kementerian Sumber Manusia
62530 Putrajaya
Talian : 0388892359/88862408/88903404
Emel : [email protected]/[email protected]/[email protected]

Rujuk FAQ Penuh Di Bawah :

Artikel Berkaitan

Back to top button