fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Dua PATI Membawa 2 kg Dadah Berjaya Dicekup Polis

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
13 Oktober 2020
Dua PATI Membawa 2 kg Dadah Berjaya Dicekup Polis
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Polis telah berjaya mencekup 2 PATI yang membawa 2.103kg dadah bersama mereka.

Dua PATI Membawa 2 kg Dadah Berjaya Dicekup Polis. Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dibantu oleh Agensi penguatkuasaan Maritim berjaya menahan dua lelaki warga asing bersama dadah seberat 2.103 kilogram di jeti Kampung Inderasabah Tawau pada Jumaat lepas.

Dua PATI Membawa 2 kg Dadah Berjaya Dicekup Polis. kredit gambar: astroawani
Dua PATI Membawa 2 kg Dadah Berjaya Dicekup Polis. kredit gambar: astroawani

Dua warga asing yang mencurigakan

Di dalam kejadian pada jam 10.20 malam itu, polis telah mengesan dua warga asing tanpa izin yang berumur 21 dan 26 tahun yang kelihatan mencurigakan berada dalam perahu di jeti berhampiran.

ADVERTISEMENT

Sebaik sahaja mereka menyedari kehadiran polis, salah seorang daripada lelaki warga asing itu terus membuang sebuah plastik ke laut, kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas.

Hasil pemeriksaan yang lanjut menemui dua bungkusan teh China berwarna hijau dengan tulisan Guanyinwang.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Bungkusan teh China tersebut pula mengandungi satu lagi bungkusan plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih, yang disyaki merupakan dadah jenis Syabu seberat 2.103 kilogram.

ADVERTISEMENT

Dua suspek tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka disyaki cuba untuk menyeludup dadah tersebut dari negara jiran, kata Peter Umbuas.

kredit gambar: astroawani
kredit gambar: astroawani

Beg pakaian berwarna hitam dirampas

Mereka seterusnya dibawa ke balai polis bersama semua barang rampasan termasuk sebuah beg pakaian berwarna hitam dan sebuah perahu.

ADVERTISEMENT

Nilai barang rampasan telah dianggarkan berjumlah RM110,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Lagi disini:

Share86Tweet54SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy