fbpx
Cerita Borneo

Guna 5 Bahan Sahaja, Ini Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak

Salah Satu Juadah Popular Untuk ‘Sungkei’ Di Sarawak.

Guna 5 Bahan Sahaja, Ini Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak. Kurang beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadan menjengah umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, bulan Ramadan sangat dinanti-nanti kerana kepelbagaian makanan yang unik boleh didapati di bazaar Ramadan yang dibuka setiap tahun.

Tapi sayangnya, tiada bazaar Ramadan pula tahun ini sedangkan anda sudah terbayang-bayang makanan yang sudah lama anda idamkan. Tak mengapa. Jika anda ada kelengkapan memasak yang lengkap, semua jenis makanan pun boleh jadi.

Contohnya seperti kuih takir. Kuih takir berlemak atau juga disebut sebagai kuih perahu merupakan hidangan kuih tradisi yang menjadi rebutan orang ramai di Sarawak semasa bulan Ramadan. Orang Sarawak kalau tak makan kuih ini, rasa tak sah puasa tahun ini. Cara membuatnya pun mudah. Guna 5 bahan sahaja!

Guna 5 Bahan Sahaja, Ini Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak
Guna 5 Bahan Sahaja, Ini Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak

Jom kita lihat reseipinya!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • 500 g tepung beras
  • 1.5 liter santan
  • 1 sudu teh garam
  • Gula apong
  • Daun pandan
  • Daun pucuk nipah beserta lidi

Cara Membuat

1. Bentukkan daun pucuk nipah kepada bentuk segi empat tepat atau memanjang dan cantumkan nya menggunakan lidi. Daun nipah ini memberikan rasa wangi dan segar kepada kuih takir anda.

2. Cairkan gula apong dan ketepikan. Jika gula apong anda sememangnya cair, boleh terus digunakan tanpa perlu dipanaskan.

3. Campurkan tepung beras dan garam ke dalam santan yang telah diperah hingga rata dan sebati. Kemudian, masukkan daun pandan dan masak adunan dengan api yang sangat perlahan. Terus kacau adunan hingga nampak likat. Tambah sedikit pes pandan untuk pewarna jika anda mahu.

*Anda juga boleh menggunakan santan paket bergantung dengan kesesuaian bajet dan citarasa anda. Untuk rasa yang lebih ‘umph’, adalah lebih elok jika anda menggunakan santan asli yang diperah dari isi kelapa parut.

4. Sudukan sedikit gula apong ke dalam acuan daun nipah tadi mengikut citarasa anda. Jika inginkan rasa kuih yang manis, letakkan banyak. Kemudian, tuangkan secukupnya campuran tepung beras dan santan di atasnya.

Guna 5 Bahan Sahaja, Ini Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak
Kredit : Ayatt Arun

5. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Siap!

Tip mengukus : Balut pengukus anda dengan kain supaya wap air tidak menitis ke atas kuih anda.

Senang sangat ni kan? Tak perlu tercari-cari lagi sebab anda dah ‘terer’ buat sendiri.

Dah usha cara buat kuih bongkol kegemaran Sarawak? Baca di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button