fbpx
Cerita Borneo

Guna Alasan ‘Prank’, Pembuli Budak Lelaki Yang Tular Di Indonesia Berdepan Penjara 3 Tahun

Apa motif nak buli budak?

Guna Alasan ‘Prank’, Pembuli Budak Lelaki Yang Tular Di Indonesia Berdepan Penjara 3 Tahun. Tular baru-baru ini seorang budak lelaki bernama Rizal dibuli oleh beberapa individu yang tidak berperikemanusiaan sehinggakan melukakan budak lelaki tersebut.

Insiden yang berlaku di Indonesia telah meraih simpati bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia. Mujur pihak berkuasa Indonesia telah mengambil tindakan terhadap para pembuli tersebut dan mereka bakal menghadapi penjara selama 3 tahun! Aaa… janganlah membuli. Kan percuma dipenjarakan selama tiga tahun? Say no to bullying!

Guna Alasan 'Prank', Pembuli Budak Lelaki Yang Tular Di Indonesia Berdepan Penjara 3 Tahun
Guna Alasan ‘Prank’, Pembuli Budak Lelaki Yang Tular Di Indonesia Berdepan Penjara 3 Tahun

“Hanya bergurau sahaja…”

Menurut laporan daripada indozone, alasan diberi oleh pembuli kenapa mereka membuli Rizal adalah hanya untuk bergurau sahaja. Ketua Polis Daerah Pangkep, AKBP Ibrahim Aji memberitahu penjelasan yang diberi oleh para pembuli mengapa mereka bertindak sedemikian,

“Rizal pernah bergurau dan berkata dalam bahasa Bugis ‘iya’ tolo’na Ma’rang’, iaitu bermaksud ‘saya adalah seorang jaguh di daerah Ma’rang.’ Oleh itu, mereka (para pembuli) menjadikan Rizal sebagai bahan gurauan namun melampaui batas.”

Walaupun mereka mengakui pembuatan tersebut hanya untuk bergurau sahaja, kes tersebut akan tetap didakwa. Hal ini kerana salah satu daripada pembuli tersebut, Firdaus, yang berumur 26 tahun, telah mencederakan Rizal akibat menolaknya sehinggakan budak lelaki tersebut mengalami luka di lengan kirinya.

Difahamkan Rizal kerap dibuli namun dia tidak pernah mengeluh dan kekal menjalankan tanggungjawabnya untuk membantu ibunya menjual jalangkote, iaitu sebuah karipap berinti bihun. Apa yang dilaluinya terus dibongkar setelah sebuah video tular dalam media sosial menunjukkan dia dibuli oleh pembulinya ketika melaksanakan tugasnya menjual jalangkote di sebuah kawasan perumahan.

Dalam tangkaplayar video menunjukkan Rizal dibuli oleh pembulinya, disertai dalam status Facebook ini, ia ketara Firdaus menolak Rizal setelah budak tersebut cuba mempertahankan diri.

Akibat ditolak sehinggakan jatuh, Rizal mengalami kecederaan luka di bahagian lengan kirinya. Kesan ini cukup kukuh untuk mendakwa Firdaus yang telah melanggar undang-undang perlindungan anak di Indonesia.

Didakwa atas keseksaan kanak-kanak dibawah undang-undang Indonesia

AKBP Ibrahim Aji berkata kes ini akan didakwa atas sebab Firdaus, iaitu seorang dewasa, dan Rizal, yang merupakan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun, dan dia telah mencedarakan budak terbabit dengan sengaja. Tindakan ini akan dikenakan hukuman dibawah undang-undang perlindungan anak. Malah, para pembuli lain juga akan dikenakan hukuman setimpal akibat membuli kanak-kanak bawah umur.

Firdaus akan didakwa bawah Pasal 80 UU Perlindungan Anak dan bakal menghadapi penjara selama 3 tahun dan 6 bulan manakala yang lain akan didakwa bawah Pasal 7c UU Perlindungan Anak dan juga akan menghadapi penjara selama 3 tahun dan 6 bulan.

Syabas kepada pihak berkuasa di Pangkep, Indonesia atas tindakan yang pantas untuk membawa tindakan tidak berperikemanusiaan ini ke muka pengadilan. Semoga insiden ini dijadikan pengajaran untuk semua – Tiada alasan untuk membuli. Sekiranya anda dibuli, jangan berdiam diri. Disebaliknya, terus lapor kepada pihak yang berkenaan.

Not Cool Asian GIF by asianhistorymonth
Bullying is not cool. Kredit: Giphy

Akibat membuat ‘prank’ derma sampah, YouTuber Indonesia ini akhirnya ditahan polis:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close