fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Guna Mesin Jahit ‘Butterfly’ Saja, Kenali Tukang Jahit Lelaki Di Pasar Filipina, Kota Kinabalu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
3 Mac 2020
Guna Mesin Jahit ‘Butterfly’ Saja, Kenali Tukang Jahit Lelaki Di Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Jahit Tepi Jalan Pun On Saja. Ini Baru Hebat!

Guna Mesin Jahit 'Butterfly' Saja, Kenali Tukang Jahit Lelaki Di Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Kredit : farabaik.blogspot.com

Guna Mesin Jahit ‘Butterfly’ Saja, Kenali Tukang Jahit Lelaki Di Pasar Filipina, Kota Kinabalu. Kebiasaannya, pekerjaan menjahit ini sinonim dengan kaum wanita kerana ia memerlukan tahap ketelitian dan ketekunan yang tinggi. Bagi memastikan hasil kerja yang dihasilkan adalah kemas dan tidak semberono, kaum wanita mempunyai kelebihan tersebut. Namun demikian, sebaliknya pula berlaku di Pasar Filipina, Kota Kinabalu apabila pekerjaan menjahit didominasi oleh kaum lelaki. Lebih menarik, kesemua tukang jahit ini hanya beroperasi di tepi deretan kedai secara terbuka. Oh wow!

Untuk pengetahuan anda, para penjahit ini sebenarnya berbangsa Suluk yang berasal dari selatan Filipina. Menurut FMT, tukang jahit ini sebenarnya merupakan keturunan warga Filipina yang mencari kehidupan baru di Sabah bagi mengelakkan ketegangan yang berlaku di Selatan Filipina lebih 4 dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, kemahiran menjahit mereka ini bukan calang-calang ya!

Alter Seluar Jeans Pun Boleh, Gais!

Guna Mesin Jahit 'Butterfly' Saja, Kenali Tukang Jahit Lelaki Di Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Kredit : FMT

Jika anda berkunjung ke Pasar Filipina atau lebih tepat, Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, kelibat tukang jahit ini sudah boleh mula dilihat seawal jam 8 pagi. Waktu bekerja mereka pula tidak menentu. Jika mereka menerima banyak tempahan pada hari tersebut, maka anda akan melihat tukang jahit ini masih tekun menyiapkan pakaian pelanggan mereka. Berbekalkan mesin jahit kaki jenama ‘Butterfly’/’Singer’ serta benang dan pembaris, mereka menawarkan perkhidmatan menjahit yang boleh dikatakan sangat murah dan berbaloi. Perkhidmatan menjahit yang paling popular ialah pengubah suaian baju dan seluar. Harganya pula bergantung kepada jenis pengubah suaian, bermula dari RM 1 hingga RM 15. Nak alter seluar jeans pun boleh tau! Hebat betul!

ArtikelBerkaitan

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

TERKINI : PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 26 April Ini

Kebanyakan tukang jahit lelaki ini mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri kerana servis yang pantas dan jahitan yang setanding dengan mutu pakaian yang baru dibeli. Bahkan ada pelanggan yang telah dikenali sejak belasan tahun yang lalu.

Guna Mesin Jahit 'Butterfly' Saja, Kenali Tukang Jahit Lelaki Di Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Guna Mesin Jahit ‘Butterfly’ Saja, Kenali Tukang Jahit Lelaki Di Pasar Filipina, Kota Kinabalu. Kredit : FMT
Kredit : FMT

Menurut salah seorang tukang jahit di pasar tersebut, tukang jahit lelaki sememangnya sudah menjadi suatu tradisi di Pasar Filipina dan tiada tukang jahit wanita yang menjalankan perkhidmatan seperti mereka di sana. Rasionalnya adalah disebabkan ia terletak di tepi jalan dan kurang sesuai kerana berhabuk dan tidak selamat untuk tukang jahit wanita. Rata-rata tukang jahit lelaki di sana menggunakan mesin jahit lama, bahkan ada yang mewarisi mesin jahit dari zaman nenek mereka dan masih boleh digunakan sebagai punca rezeki.

“Bukannya tidak mahu guna mesin moden, tetapi bila guna mesin lama, kaki dan tangan bergerak sepanjang hari. Jadi, itu pun boleh dikira sebagai senaman,” – Faizal, Tukang Jahit Lelaki Pasar Filipina

Faizal Janaral, tukang jahit lelaki di Pasar Filipina, Kota Kinabalu. Kredit : Edmund Samunting via NSTP

Begitulah rutin harian tukang jahit lelaki di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu ini. Semangat dan ketekunan mereka mencari rezeki demi kelangsungan hidup harus kita teladani. Tidak kisah lah sama ada pekerjaan tersebut mempunyai ‘pemilik’ di mata masyarakat, perkara yang paling penting adalah pekerjaan tersebut dilakukan dengan cara yang betul dan halal.

Apa-apa pun, kelibat tukang jahit lelaki ini sedikit sebanyak membawa elemen unik dan menjadi tarikan utama pelancong ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau Pasar Filipina. Jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk membawa pakaian anda untuk diubah suai. Kalau tak, takkan lah tukang jahit ini ada pelanggan setia selama berpuluh-puluh tahun kan?

Share142Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy