fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan

Kedung BK Oleh Kedung BK
10 Jun 2020
Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan
Share on FacebookShare on Twitter

Tak Banyak Orang Berani Macam Dia!

Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan. Semenjak PKP dilaksanakan sejak 18 Mac yang lalu, semua sekolah dan IPT diarahkan tutup dan para pelajar terpaksa beralih ke kelas dalam talian untuk melakukan pembelajaran masing-masing. Oleh itu, semua pelajar yang bukan berasal dari daerah, negeri ataupun negara dimana IPT mereka berpusat dinasihatkan untuk kembali ke rumah persendirian masing-masing.

Untuk pelajar IPTA di Sarawak ini, pelaksanaan PKP telah menyebabkan salah seorang rakannya dari Jepun untuk kembali ke negara asalnya. Difahamkan rakannya merupakan salah satu pelajar asing di bawah program pertukaran pelajar di universiti beliau. Tanpa pengetahuan rakannya, beliau selama ini menyimpan perasaan terhadapnya dan meluahkan rindu terhadapnya dalam sebuah laman Facebook yang khas untuk meluahkan rahsia peribadi. Yang lebih mengagumkan ialah beliau turut mendedahkan diri di akhir kata perenggan tersebut!

Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan

“Saya seorang yang tak ada pengalaman cinta selama saya hidup…”

Menurut post tersebut, lelaki itu, atau dikenali sebagai Ryan, meluahkan perasaan beliau terhadap salah seorang rakannya yang berbangsa Jepun. Dikatakan beliau berjumpa dengan rakannya pada kali pertama semasa kelas elektif eco-tourism penggal ini.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

“Dia comel, lagi cantik!” kata beliau.

Beliau yang tidak pernah mengalami pengalaman bercinta berkata beliau tidak pasti adakah beliau suka dengan perempuan itu atau tidak tetapi mengusik muka mereka hampir sama, lagi-lagi mereka menggunakan baju yang sama warna ketika mereka keluar bersama dengan rakan-rakan lain.

Walau bagaimanapun, beliau berkata sekiranya beliau tidak mempunyai jodoh dengan perempuan terbabit, beliau meluahkan harapan untuk melancong ke Jepun. Dalam luahan beliau dalam ciapan tersebut, beliau berkata beliau telah bermimpi untuk melancong ke luar negara sejak kecil dan berharap beliau berpeluang untuk buat sedemikian setelah selesainya pandemik yang telah melanda dunia awal tahun ini.

“Saya rindu dengan kawan-kawan saya, termasuk kawan saya ini dari Jepun. Sebelum PKP, kami sempat ke bandar Kuching dan Annah Rais untuk buat tugasan universiti. Saya berhenti berjumpa dengan rakan saya ini pada bulan Mac, dan saya tidak tahu bila lagi saya akan berjumpa dengannya.” ujarnya lagi.

Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan
Nama penuh dirahsiakan atas permintaan beliau. Kredit: UNIMAS Confession

Seorang yang disukai oleh orang ramai

Bagi mereka yang kenali beliau secara peribadi, mereka meninggalkan komen-komen yang positif sebagai semangat kepada Ryan. Difahamkan kebanyakan daripada pengguna-pengguna Facebook yang berkomen merupakan bekas-bekas rakan sekelas dengan Ryan.

Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan
Bekas para rakan sekelas Form 6 Ryan meninggalkan komen yang kagum dengan keberanian Ryan. Kredit: UNIMAS Confession
Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan
Rakan ini merupakan rakan universiti beliau ketika beliau belajar di ICATS. Kredit: UNIMAS Confession

“Inilah baru keberanian maksimum. Saya tahu bahawa orang mungkin menertawakan anda, tetapi jauh dalam hati saya, saya mempercayai anda kerana anda seorang yang unik dan senior yang menyentuh hati saya semasa masa kita di ICATS. Saya masih ingat saya luangkan masa setiap malam untuk meneman anda belajar pada pertengahan penggal, anda bekerja dengan rajin dan tekun dalam tugas yang diberikan kepada anda dan saya telah menyaksikan anda membina watak anda,” kata salah seorang bekas rakan universitinya.

Terdapat juga yang menyatakan maklumat lain tentang Ryan, yang rupanya seorang peminat marathon!

Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan
Ryan telah menghabiskan marathon penuh sejauh 42.195 KM yang mengambil masa 4-5 jam untuk habiskan. Kredit: UNIMAS Confession
Impi Jelajah Jepun Untuk Jumpa Crush, Lelaki Ini Tampil Berani Luah Perasaan
Beliau merupakan seorang pelari yang minat dengan marathon. Kredit: Facebook

Tahun pertama di universiti

Ketika dihubungi, Ryan memberitahu sedikit butir tentang dirinya. Seorang pelajar yang mengambil jurusan strategi komunikasi, dengan harapan untuk menjadi seorang penulis surat khabar dan tahun ini merupakan tahun pertama beliau di IPTA tersebut.

Berhubung dengan luahan beliau yang dipapar dalam UNIMAS confession, beliau berkata luahan ‘cinta’ itu bukan matlamat utama beliau menulis ciapan tersebut.

“Ia merupakan pengalaman baru untuk saya dan rakan-rakan saya penggal ini untuk mempunyai seorang rakan asing dari Jepun. Saya sebenarnya berharap untuk belajar lebih lagi tentang budaya mereka dan bagaimana rasanya untuk tinggal di Jepun. Saya sudah menyenaraikan Jepun sebagai salah satu negara yang saya mahu kunjungi pada suatu hari untuk mengetahui budaya mereka serta mengetahui bagaimana rasanya mengembara di negara-negara lain, bukan sahaja Jepun,” kata beliau.

Beliau turut berterima kasih dengan rakan-rakannya yang telah menyokong beliau selama ini. Ciapan beliau yang telah dikongsi sebanyak 273 kali semasa penulisan ini telah mengejutkan beliau dan tidak menyangka post tersebut akan menarik perhatian.

Ryan pun mempunyai beberapa kata untuk disampaikan bagi mereka yang telah membawanya sebagai inspirasi.

“Kita perlu mencari erti matlamat hidup dalam diri sendiri dan berusaha mencapainya. Impian kita boleh dicapai bukan sahaja dengan usaha kita dan ia boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat yang berlainan bangsa dan negara.”

Tambahnya lagi, gambar memainkan peranan untuk otak kita berimaginasi tentang matlamat hidup yang ingin dicapai dan memuji kecantikan serta keterampilan seseorang akan membawa satu keberkatan.

Akhir sekali, beliau berkata persahabatan dengan orang lain amat penting untuk mengenali lagi masyarakat lain.

“Kita perlu kawan untuk menceriakan hidup. Biarpun kita ada hubungan dengan seseorang atau kita sendiri perasan atau tidak perasan ada hubungan tersebut. Jangan lupa matlamat hidup untuk memuaskan niat diri sebelum memuaskan niat orang lain untuk mencapai keperluan dan kehendak masing-masing.”

Jika pun tiada jodoh, semoga Ryan capaikan impian beliau untuk melancong ke Jepun pada suatu hari nanti. All the best, Ryan!

Kredit: Giphy

Lebih lagi disini:

SUMBER : Facebook
Share1544Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy