fbpx
Cerita Borneo

Ini Adalah Sejarah Kampung Nombor Yang Anda Perlu Tahu

Antara Kampung Yang Terkenal Di Kuching

Ini Adalah Sejarah Kampung Nombor Yang Anda Perlu Tahu. Sekiranya anda seorang warga Kuching, semestinya anda kenali nama Kampung Nombor. Kampung yang terletak di pusat bandar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri – tetapi tahukah anda pada asalnya Kampung Nombor mempunyai nama lain?

Ini Adalah Sejarah Kampung Nombor Yang Anda Perlu Tahu
Ini Adalah Sejarah Kampung Nombor Yang Anda Perlu Tahu

Mempunyai Nama Selain Angka

Sebelum kampung-kampung ini diberikan nama sempena angka, ianya punyai nama sendiri yang kemungkinan besar anda tidak pernah dengar.

Antara nama original nya ialah Kampung Segoleng dan Munggu Kubur. Dikatakan, hanya golongan tua sahaja yang masih menggunakan nama-nama tersebut.

Kampung Segoleng terletak berhampiran dengan Sungai Bintangor manakala Kampung Munggu Kubur diletak berdekatan dengan Masjid Bahagian. Kedua-dua nama kampung tersebut mulai lenyap secara perlahan-lahan apabila pemerintah Inggeris mengambil alih pemerintahan sekitar tahun 1946. Hal ini kerana untuk memudahkan mereka untuk mengingati nama kampung tersebut dan mungkin terlalu sukar untuk mengingatkan nama asal kampung-kampung terbabit.

Kejadiannya, kampung-kampung tersebut diberikan nama Kampung ‘Number One’, ‘Number Two’, sehingga ‘Number Six’. Perkara ini dijelaskan oleh Pemanca Rosli Sahari yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada tahun 2012.

Selepas Kampung Segoleng, pemerintah Inggeris turut mengubah nama Kampung Bintangor dan Bandarshah kepada Kampung No. 2, manakala Kampung Muhibbah menjadi Kampung No. 3, sebahagian lagi menjadi Kampung No. 4, Kampung Sungai Lajim menjadi Kampung No.5 dan seterusnya Kampung Patingan pula menjadi Kampung No. 6.

Walaupun nama-nama baharu ini kekal diguna pakai sehingga sekarang, terdapat juga yang masih mengingati nama-nama asal kampung tersebut.

Adakah anda dari kampung nombor? Anda berasal dari kampung nombor keberapa? Mana tahu, dari sini anda akan tahu nama asal kampung anda! Komen dan jangan lupa share!

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button