fbpx
Cerita Borneo

Ini Cara Untuk Menyemak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian

Haaaaa sekarang dah tak perlu dah nak queue panjang panjang sebab dah boleh check online

Ini Cara Untuk Menyemak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian. Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan adanya Wang Tidak Dituntut yang dikatakan berjumlah RM7billion secara keseluruhannya. Pada mula mula WTD ini diketahui oleh orang awam, ramai yang berpusu pusu ke pejabat yang telah ditetapkan kerana belum ada kemudahan untuk semakan atas talian.

Apa itu Wang Tidak Dituntut?

WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat samada dalam bentuk akaun simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.

Di sisi undang-undang, selepas tempoh tertentu, mana-mana wang yang belum dibayar kepada pemiliknya akan didaftarkan sebagai Wang Tidak Dituntut oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Berikut disenaraikan beberapa kategori bagi WTD:

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    • dividen;
    • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh:

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
  1. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
    • akaun pemiutang dagangan
    • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Ini Cara Untuk Anda Menyemak Jika Anda Ada Wang Tidak Dituntut

1. Daftar akaun anda di eGUMIS(Klik Untuk Daftar)

Ini Cara Untuk Menyemak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian
Ini Cara Untuk Menyemak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian

2. Log Masuk Dengan Menggunakan ID yang telah didaftarkan

Ini Cara Untuk Menyemak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian

3. Tekan Butang Carian Wang Tidak Dituntut

Ini Cara Untuk Menyemak Wang Tidak Dituntut Secara Atas Talian

4. Masukkan No Kad Pengenalan Anda Dan Hasil Carian Akan Ditunjukkan

Haaa, senang je kan? Jika anda bernasib baik anda akan melihat hasil carian seperti di atas dan mudah untuk anda menuntut kembali wang tersebut.

Artikel Berkaitan

Back to top button