fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ini Panduan Ringkas Untuk Anda Dapatkan Kenyalang Gold Card

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
15 Januari 2020
Ini Panduan Ringkas Untuk Anda Dapatkan Kenyalang Gold Card
Share on FacebookShare on Twitter

Manfaat Sepanjang Hayat Untuk Orang Tua Anda

Ini Panduan Ringkas Untuk Anda Dapatkan Kenyalang Gold Card. Siapa yang tak sayangkan ibu bapa kan? Terkini, kerajaan Sarawak mengumumkan inisiatif Kenyalang Gold Card khas untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Dengar cerita, tak kurang hebat juga kelebihan yang anda perolehi apabila anda memiliki kad emas ini. Betul ke?

Ini Panduan Ringkas Untuk Anda Dapatkan Kenyalang Gold Card
Ini Panduan Ringkas Untuk Anda Dapatkan Kenyalang Gold Card. Kredit : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Bagi anda yang masih belum mempunyai sebarang perlindungan hayat, Kenyalang Gold Card ini menawarkan beberapa faedah menarik. Antaranya ialah;

  • Diskaun/rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan
  • Bantuan Ihsan Kematian (BIK) sebanyak RM 3,000*

Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan diskaun dan yuran percuma untuk perkhidmatan seperti barangan runcit, pakaian, optikal, urutan spa dan macam-macam lagi. Anda juga boleh mendapatkan akses kemudahan pengangkutan seperti bas ekspres dan perubatan dengan lebih mudah.

Kredit : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Adakah Anda Layak Untuk Memohon?

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Kenyalang Gold Card ini, pastikan anda memenuhi kriteria seperti berikut;

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang Kad Pengenalan berhuruf ‘K’ atau
  • Berstatus Residen Tetap (Permanent Resident) di Sarawak
  • Berusia 60 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2020

Walau pun Kenyalang Gold Card ini dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac depan, anda sudah boleh mula membuat permohonan dan mendapatkan borang permohonan secara percuma melalui beberapa saluran sama ada;

  1. Memuat turun borang permohonan KGC di laman web KWKPK
  2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian
  3. Pejabat Residen
  4. Pejabat Daerah

Tak Tahu Macam Mana Nak Isi? Semak Checklist Ini

Di sini kami sediakan checklist langkah demi langkah khas untuk anda melengkapkan permohonan anda. Jangan cakap kami tak payung pula.

  • Lengkapkan Borang Permohonan KGC dan Borang Permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK).
  • Untuk Borang BIK, lengkapkan maklumat pewaris anda dan maklumat Skim Khairat Kematian daripada sebarang agensi/jabatan sekiranya anda pernah memohon.
  • Dapatkan pengesahan saksi daripada Ketua Kaum/Ketua Masyarakat/Ketua Kampung di bahagian yang disediakan.
  • Jangan lupa untuk menyertakan satu salinan kad pengenalan pemohon.
  • Hantar borang permohonan anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.

Dan tunggu sehingga anda dimaklumkan tentang kelulusan permohonan anda. Semudah ya jak.

Untuk senarai penuh Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh Sarawak, anda boleh layari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Share2727Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy