fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Kekurangan Pusat Kuarantin, Penerbangan Balik Pelajar Sabah Ditangguh

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
18 Mei 2020
Kekurangan Pusat Kuarantin, Penerbangan Balik Pelajar Sabah Ditangguh
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Keputusan itu bagi membolehkan kemasukkan ke pusat kuarantin dapat dirancang dengan lebih teratur

Kekurangan Pusat Kuarantin, Penerbangan Balik Pelajar Sabah Ditangguh. Pelajar Sabah yang berada di pusat pengajian tinggi di Semenanjung kini terpaksa menunda hasrat mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga dengan segera kerana kesemua penerbangan mereka ditangguh.

Ia berikutan pusat kuarantin yang tidak mencukupi memandangkan jumlah pelajar yang pulang adalah ramai.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof Yacob. Jelasnya, penerbangan mereka akan dijadualkan semula bagi memastikan mereka diletakkan di pusat kuarantin dalam keadaan yang selesa dan mencukupi.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Kekurangan Pusat Kuarantin, Penerbangan Balik Pelajar Sabah Ditangguh
Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.
Kredit : Sabah Post

Tambahan pula, pusat kuarantin yang sedia ada kini tidak mampu untuk menampung jumlah pelajar dan orang awam yang ramai kembali ke Sabah dalam satu-satu masa.

Seramai 6,796 jumlah pelajar Sabah yang kini terkandas di Semenanjung sedang menanti penerbangan untuk membawa mereka pulang ke negeri di bawah bayu itu.

Oleh yang demikian, pihaknya menjangkakan kesesakan di pusat kuarantin bakal berlaku sekiranya penerbangan diteruskan seperti asal.

Kekurangan Pusat Kuarantin, Penerbangan Balik Pelajar Sabah Ditangguh
Kekurangan Pusat Kuarantin, Penerbangan Balik Pelajar Sabah Ditangguh

Para pelajar juga dinasihatkan untuk memberi kerjasama serta bertenang menghadapi situasi ini. Selain itu, mereka juga telah disarankan untuk memberitahu ibu bapa masing-masing tentang penangguhan ini dan menjelaskan sebab di sebalik nya.

Penangguhan penerbangan ‘chartered’ ini dipohon oleh pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi apabila melihat jumlah kemasukan pelajar pulang adalah begitu ramai. Masing-masing menjangkakan dapat pulang sebelum Hari Raya.

Kekurangan Pusat Kuarantin, Penerbangan Balik Pelajar Sabah Ditangguh
Datuk Dr. Christina Rundi, pengarah Jabatan Kesihatan Sabah.
Kredit : NSTP

Walau bagaimanapun, sekiranya mereka telah tiba ke Sabah kelak, mereka akan tetap menjalani perintah kuarantin sehinggalah keputusan ujian pengesanan mereka dikeluarkan.

Sabah turut mempunyai aplikasi mudah keluar masuk ke premis melalui SABAHTRACE, baca di sini :

Gadis muda ini sungguh bertuah kerana berjaya bekerja sebagai pegawai kawalan mutu dan kualiti di sebuah syarikat industri ganja di Amerika Syarikat :

SUMBER : The Borneo Post
Share82Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy