fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu

Kedung BK Oleh Kedung BK
7 Januari 2020
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu. Pada suatu masa dahulu, telinga panjang merupakan satu ciri yang dianggap sebagai aset kecantikan bagi wanita-wanita yang berbangsa Orang Ulu.

Siapakah bangsa Orang Ulu ini?

Kebiasaannya, ada salah tanggapan bahawa bangsa Orang Ulu adalah satu bangsa tetapi ini salah. Malah, Orang Ulu merupakan umbrella term untuk menyatukan suku-suku kaum pendalaman yang mendiami di bahagian hulu sungai serta di kawasan tanah tinggi negeri Sarawak. Antara kumpulan utama Orang Ulu ialah Kayan dan Kenyah, Kajang, serta Northern Highlanders (Lun Bawang dan Kelabit). Dalam kumpulan utama ini juga adanya pecahan yang masing-masing terdiri daripada etnik rare seperti kaum Bisaya, Penan, dengan 4 lagi kumpulan minor iaitu kaum Bekitan, Bhuket, Lisun serta Punan Busang.

ADVERTISEMENT
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu

Fuhhh! Banyak juak etnik dalam golongan Orang Ulu tok! So persoalan dia sekarang, kenapa kaum-kaum ini mengamalkan tradisi telinga panjang?

Simbol Kecantikan dan Status

Bagi wanita Orang Ulu, telinga panjang merupakan simbol kecantikan. Semakin panjang cuping telinga, semakin terserlah kecantikan mereka. Justeru, mereka bijak memilih bentuk tembaga yang sesuai dan sepadan dengan bentuk muka masing-masing. Menurut penduduk dahulu, telinga panjang yang cantik mestilah melebihi paras bahu sehingga mencecah pangkal dada. Walau bagaimanapun, telinga yang setakat pangkal dada dikatakan paling standard dan cantik dipandang mata.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Selain itu, dengan adanya telinga panjang, mereka berpeluang besar untuk mendapatkan perhatian daripada bakal suami dan keluarga mentua.

ADVERTISEMENT
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Wanita Kaum Kelabit

Bagi kaum Kayan, telinga panjang menunjukkan kedudukan kelas dalam masyarakat mereka.

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Wanita Kaum Kayan

Beauty is Pain

Proses memanjangkan telinga mengambil masa bertahun-tahun. Ibu bapa mula menindik telinga bayi mereka setelah berumur sekurang-kurangnya satu bulan. Cincin logam berat, biasanya diperbuat dari emas atau tembaga, diigunakan untuk memanjangkan telinga. Seelok-eloknya buah tembaga yang digunakan sejak bayi perlu bersesuaian agar cuping telinga lebih cepat meregang dan memanjang.

ADVERTISEMENT
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Years of beauty

Malangnya, tidak semua wanita Orang Ulu bernasib baik untuk memanjangkan telinga mereka. Menurut sumber, wanita bercuping telinga tebal dan besar lebih senang memiliki telinga panjang berbanding mereka yang memiliki cuping telinga kecil dan nipis. Ramai gadis pada masa dahulu berebut untuk mendapatkan telinga panjang yang ideal tetapi ada yang memiliki telinga panjang yang senget dan juga ada yang terputus dan perlu disambung. Keadaan ini membuktikan tidak semua wanita Orang Ulu boleh memiliki telinga panjang ini melainkan hanya mereka yang bertuah.

Sebuah Identiti Yang Unik

Telinga panjang ini telah menjadikan identiti penting bagi masyarakat Orang Ulu. Ia adalah salah satu cara untuk memperkenalkan etnik mereka kepada masyarakat luar serta menunjukkan keunikkan budaya mereka yang lama telah diamalkan. Sik banyak gik sida amalkan tradisi tok, jadi hargai lah tradisi ini selagi ia masih ada, melainkan ada siapa-siapa yang teringin nak menyambungkan tradisi ini. *wink*

Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Full On Orang Ulu Woman Energy
Share12716Tweet47SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy